Khamis, 19 Mei 2011

1 tahun 2 bulan

Fuhhh sedar tak sedar rupanyer dah setahun 2 bulan aku tak menulis apa2....terlalu banyak yg berlaku dalam hidupku...mengubah aku dari satu tahap ke satu tahap yg aku sendiri tak sedar...namun yg pasti masa hidup ini terlalu singkat aku rasakan.....24 jam seolah-olah tak cukup untuk aku....


Apa yang aku dapat dan pasti utk tahun ini...aku diamanahkan 4 tugas utama yg aku anggap berat dan terlalu besar untuk aku pikul...bagi akulah....aku cuba suarakan bebanan yg semakin tak mampu aku tanggung...aku takut nanti yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran...tapi feedback yg aku dapat....awak kan tak ada kerja...so saya bagi kat awak la...upsss...tak tertelan air liur aku..tetiba je rasa kering air liur aku...oooo jadi selama ni aku buat apa? goyang kaki je ker?...hmmm entah la...aku konpius sekejap...


Lalu aku diam dan diam...berfikir dan berfikir....betulkah kata2 itu?


Dan akhirnya aku memutuskan biarlah...aku pasrah dan menerimanya dengan positif....aku terima semua ini atas nama aku belajar...so banyak ilmu yg aku akan dapat...dan hingga hari ini walau aku kelelahan namun aku tetap masih boleh tersenyum...dan satu demi satu tugasan itu aku semakin berjaya mengharunginya...!


Tahniah buat diriku...

Rabu, 31 Mac 2010

APA SUDAH JADI...DUNIA OH DUNIA !

Mari kita renung dan fikirkan sejenak!
Apa sudah jadi dengan dunia Tuhan yang semakin tua ini?
Sana sini berlaku kematian

Secara solo mau pun berjemaah!
Dengan pelbagai cara, kaedah, sebab dan musabab
Saban detik, saban waktu saban hari...
Kematian datang menjenguk sesiapa sahaja
Walau di mana juga...
Sadis bila kematian itu di luar jangkaan angkara manusia walang...


Lihatlah oh dunia !

Seorang gadis yang khayal dalam dunia sendiri...
menenguk air setan semata2 utk menghilang segala masalah yang bersarang di benak
Dan akibatnya....
Seorang wanita kehilangan suami
Seorang anak merangkak rangkak mencari ayah yang bertarung dengan malaikatul maut
Dan akhirnya tercipta sejarah dalam buku dunia
Seorang isteri menjadi janda
Seorang anak menjadi anak yatim
Semua dalam sekelip mata !
Semua di luar dugaan !
Semua di luar jangkaan !
Aduhhh...kematian datang tanpa diduga yang penyebabnya hanya gadis muda yang berfoya-foya!!!!

Seorang terosis atau mujahid ( difaham mengikut dimensi masing2 yg berbeza!)
Melihat betapa dirinya sebagai wira
Yang perlu menegakkan keadilan
Yang perlu menegakkan kebenaran
Yang perlu memberi kesedaran kepada dunia
Lalu dengan penuh mujahid
Dengan penuh keberanian
Mengambil keputusan membuat pengorbanan jihad
Mengorbankan diri sendiri
Sekali gus mengorbankan mereka yang tidak berdosa

( yeahhh mungkin dengan kematian mereka maka mereka selamat dari terus terjerumus dengan dosa duniawi!!)
Dengan cara paling sadis dan sinis atau kejam?
Lalu gempar lah dunia seketika
Ramai maut gara2 kerja gila sang wira
Lalu berapa ramai lagi yang menjanda,
Berapa ramai lagi yang duka nestapa dek cacat selama2nya
Anak2 kehilangan tempat bergantung secara tiba2...???

Ah...apa sudah jadi dengan dunia yang semakin tua ini?
Apa sudah jadi dengan semua manusia di dunia ini?
Hilang sudahkah kemahiran manusia melihat dari dimensi yang serupa
Atau masing2 punya cita rasa dan perspektif yang berbeza
Yang memungkinkan masing2 melunas dan menghalalkan apa juga asalkan mereka tidak derita dan berasa puas?!
Apa sudah jadi????????????????

Rabu, 24 Mac 2010

Uslub

Kalau orang bertanya :

Mengapa mesti manusia menangis ?
Manusia menangis sebab :
1. sedih ( of course that's the main reason to cry! )
2.gembira sesangat ( yeahhh bila mana akhirnya dapat apa yg diidamkan selama ini! )
3.kecewa ( emmm....bila yg diimpi tak pernah menjadi realiti ! )
4.lakonan ( yeahhh sbb org lain nangis so just ikut je la! )

Mengapa mesti manusia ketawa ?
Manusia ketawa sebab :
1. gembira ( ni memang dah sah la! semua org tau)
2.lucu ( walaupun Raja Lawak tak selucu Johan dan Zizan!)
3.kecewa ( yeahhh utk menutup rasa frust yg membuak di dada!)
4.lakonan ( sbb org lain dok ketawa terbahak2 wlupun sikit tak lawak mana!)

Mengapa mesti manusia melalui derita ?
Manusia derita sebab :
Gagal sebab :
1.selalu tak dapat apa yg dihajatkan!
2.selalu kecewa dgn diri sendiri dan org lain
3.tak dapat menghayati perasaan org lain - tak dpt nak gelak ketawa maupun nangis melalak sepuas2nya!

Mengapa manusia tak semuanya kaya?
Sebab kalau semua kaya sape nak miskin
Sebab kalau semua kaya jadi tetuan maka sape nak jadi kuli memenuhi kehendak hati si kaya
Sebab kalau semua kaya habis le reta dunia ni kena beli dek mereka!

Mengapa manusia tak semuanya miskin?
Sebab kalau semua miskin sape nak beli reta dunia nih?
Sebab kalau semua miskin sape nak jadi tuan?

Yeahhh...semua di dunia ini ada sebab kan!
Yeahhh Tuhan itu maha kaya
dapat mencipta segalanya atas sebab musabab!!!

Yang pasti adanya
manusia
dunia ini
derita ini
tangisan ini
ketawa ini
kekayaan ini
kemiskinan ini
dan sebagainya....

adalah disebabkan Adam dan Hawa melanggar segala peraturan Tuhan !!

Tapi bayangkan kalau Adam dan Hawa tak makan buah khuldi

Lalu wujudkah kita sebagaimana hari ini????

Yeahhh terima kasih Tuhan
kerana mencipta Adam
kerana mencipta Adam yg lemah godaan syaitan
kerana mereka...
aku dan manusia lainnya hidup di dunia fana ini!!!!

Selasa, 23 Mac 2010

KEMUNAFIKAN SEORANG BERGELAR MANUSIA

Fuhhh...lama tiada kekuatan untuk menulis...cuba berfikir2 dlm mencari jalan penyelesaian kpd permasalahan yg mendtg secara tiba...walaupun hati ini selalu mengatakan...let the time be the judge and settled all the problems but...believe it or not...be or not to be...aku akur akhirnya tiada masalah yg berlalu begitu shj tanpa sebarang penyelesaian...cuma kita shj yg tak sedar bagaimana kita menyelesaikannya !

Dalam kekalutan hidup aku akhir2 ini banyak yg aku lihat dan perhatikan: - dunia sekelilingku dan manusia2 yg mengisi dunia itu...bila aku melihat persidangan parlimen di kaca tv dlm berita jam 8 mlm...apa yg aku lihat? apa yg org lain lihat?

Tiada apa melainkan sandiwara dunia...masing2 cuba mengemukakan masalah yg tak sudah2 habisnya seolah2 tiada penghujungnya ! masing2 akhirnya saling menuding jari..masing2 mencungkil kesalahan org lain...yeappp tak salah pemerhatian org tua dulu...kuman seberang laut jelas tampak macam besar betul tapiii....gajah langgar hidung pun tak perasan...begitu lah kita dan termasuklah aku... (Tapi masalah rakyat tetap tak selesai jugak!)

Namun apa yg aku lihat biar beribu pun masalahnya...bagi aku hanya 1 saja masalahnya...kita tak pernah mahu muhasabah diri...jika ada pun, jika ye pun ...akhirnya kita tetap akan cuba jugak utk meletakkan kekurangan diri kita adalah disbbkan oleh org di keliling kita! aduhhh itulah kita manusia di dunia fana ini.

Dan dalam melihat permasalahan yg melanda diri aku...aku akur semua itu dari kekhilafan diri aku yg kurang sabar melayan kerenah manusia yg aku sendiri sedia maklum tidak matang dalam mentafsir keadaan yg berlaku di kelilingnya!!!

Yeahhh...kalau dulu aku melihat kerenah manusia yg angkuh...yeahhh sewaktu aku jadi kuli di carwash kesayanganku ( tmpt yg banyak mengajar aku tentang manusia dan kehidupannya!)...lalu aku tanamkan pohon keazaman dlm diri agar minta dijauhkan keangkuhan dlm diri aku...tapi...hari itu keluar dr mulut org lain betapa aku sudah mula angkuh! Aku angkuh? aduhhh tak pernah terlintas pun di hati ini apa lagi dlm fikiran dan tindak tanduk aku utk tergolong dlm manusia2 yg meluat aku tengok sewaktu aku jd kuli dulu...puas aku fikir, puas aku tilik, puas aku renung balik...yeahhh...org tak pernah melihat dari perspektif aku...kerana setiap manusia melihat org lain dan duni kelilingnya dari dimensi mata hati fikirnya sendiri! yeahhh aku terlupa tentang itu!!!

Aku cuba utk terus tersenyum tapi ...bila aku melihat gelagat mereka yg menggelar diri mereka pemimpin itu bergaduh bagai budak2 sekolah dlm dewan parlimen...lalu aku terduduk sendiri lagi??? Inikah mentaliti manusia yg menggelarkan diri sendiri sbg pemimpin? Bagaimana mahu memimpin org lain kalau diri sendiri gagal terpimpin utk menjadi manusia yg berhemah; yg dapat mengawal hawa nafsu (walaupun dlm hati memang jelas berlumba2 nak tmpt jd menteri! ) aduhhh....soalan utk diri aku...bagaimana aku bisa memimpin hati aku ini utk menjadi manusia yg diterima oleh manusia keliling??? (tanpa prejudis!)

Argghhhh....bila lah agaknya ye manusia2 akan benar2 jadi manusia dlm erti kata yg sbnrnya???


Arggg...setiap yg berlaku pasti ada sebab dan akibat!
Yeahhh...mrk terpaksa berlakon utk dapat tmpt di hati rakyat!
Yeahhh...mrk akan membariskan ayat2 manis krn mahu jd menteri!
Yeahhh...perlu tutup semua kelemahan dan kemunafikan agar segala kekayaan akan dapat digenggam supaya anak cucu mrk tak merempat di tepi jalan!!!

Dan aku...
dan mereka yg tdk bergelar pemimpin...
tetap sama berlumba2 tercungap2 dlm mencari tempat di dunia sementara ini...juga di dunia yg hakiki!

Khamis, 4 Mac 2010

BILA HATI TELAH HANCUR BERDERAI....!

Agak lama aku tidak menurunkan tinta
Bila mana aku terpaksa berhambat dengan masa
Dan masa juga akhirnya menyungkurkan aku dalam suasana tidak kuduga !

Aku tidak tahu di mana silapnya ?
Biarpun terlalu payah sebenarnya menjadi anak yang solehah

Namun
Puas aku berusaha untuk menjadi seorang anak yang baik
Lelah aku berusaha untuk menjadi contoh yang baik buat adik-adik

Namun
malam tadi terlerai semuanya
Bila mana adik aku sendiri merungkai kata-kata bisa
Betapa selama ini aku hanya menjadikan dia seorang manusia yang kurang ajar !!
Lalu puas pula aku berfikir dan bertanya apa sebabnya dan
Di mana silapnya ?
Namun jauh di sudut hati ini aku rasakan satu kehancuran yang amat memedihkan!!!

Aku tidak tahu di mana silapnya ?
Betapa selama ini aku mengorbankan segala-galanya
Tatkala orang lain bersenang- lenang mengira gaji untuk dibelanja sesukanya

Namun
Betapa selama ini aku menelan air liur semata-mata mahu membantu orang tua
Kerana aku tak mahu adik-adikku merasa derita kemiskinan yang aku rasai
Tatkala orang lain sudah menghimpun harta dunia
Namun aku hanya pejamkan mata tutupkan kehendak hati dan rasa
Dan tatkala orang lain sibuk menghitung cinta dan menganyam menjadi hari-hari bahagia

Namun
Aku terpaksa menutup pintu cinta
Demi memastikan adik-adikku yang lainnya bisa meneruskan pelajaran sebagaimana orang tuaku impikan
Kerana
Aku tak mahu adik-adikku merasa bagaimana dihina bila kita tiada berharta
Aku tidak betah melihat hidup kita diperkotak-katikkan oleh orang yang berkuasa
Aku tak mahu adik-adikku yang lain merentasi kepayahan sebagaimana dilalui adikku yang satu
Yang punya cita-cita tinggi namun tak kesampaian kerana aku tak berupaya membantunya melepaskan diri dari belenggu kemiskinan!!!! (kerana tika itu aku sendiri masih tersepit dan terhimpit)

Namun
Malam tadi terungkai kata dari mulut bisa adikku yang satu itu
Betapa aku tidak pernah menjadi contoh yang baik buat dirinya
Lalu sekali lagi aku bertanya di mana silapnya?
Dan jauh di sudut hati kecilku kian parah berdarah!!!!!!!!

Aku tahu dan aku cukup sedar
Betapa setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya
Malam datang kerana siang berlalu
Duka datang setelah gembira tiada batasannya

Lalu aku berfikir lagi
Apakah selama ini setelah aku berusaha jerih payah
Meloloskan diri dari daerah kemiskinan ini
Hanya untuk membentuk seorang manusia bernama adik agar menjadi manusia kurang ajar?????
Hanya untuk mendidik adik aku seorang itu menjadi manusia yang dayus?????? ( dayus bila mana kau takut untuk mengaku betapa apa yang membentuk diri kau adalah kau sendiri kerana Tuhan telah memberikan kau akal yang cukup sempurna untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk!!!)

Aduhhhh....
Hati yang parah hancur lumat ini berkata :
Andaikata aku pentingkan diri selama ini
Andai kata aku hanya bersikap lepas tangan
Andai kata aku tidak bertanggungjawab
Andai kata aku ini tak berhati perut
Andaikata dan andaikata dan andaikata...
Maka
Di mana letaknya aku di mata adikku yang satu ini???

Nah pastinya dan tentunya akulah semua yang buruk itu...
Semua kekhilafan dirinya
Semua kekurang ajarnya
Semua Kedaifannya
Semua dan semua dan semua....
Adalah aku penyebabnya!!!

Arghhh...berkeriut pedih hati ini yang sudah sedia retak menanti belah
Dan malam tadi
Hati ini sudah hancur berderai!!!!!!

Lalu
Ayahanda tercinta mempertaruhkan kasih sayang aku terhadapnya
Agar memaafkan segala kelancangan mulut bisa adikku yang tidak matang ( yang perasan sudah matang benar!)
Agar berdamai demi menjaga keharmonian keluarga

Namun
Aku rasa cukuplah....
Betapa selama ini kami terlalu beralah dengan kebiadapannya
Hanya
Kerana dia seorang adik yang belum cukup dewasa

Namun
Bila mana mulut celuparnya bertanya
Siapa aku untuk menampar kelancangan mulutnya
Jauh di sudut hati ini sudah hancur lumat dan tak mungkin bisa bertaut kembali!!!!

Aku terlalu payah kini untuk memaafkan seorang manusia bernama adik yang satu itu
Bila mana hati ini sudah hancur
Bila mana hati ini sudah parah luka berdarah
Bila mana hati ini sudah berkecai
Aku tak nampak lagi sirna untuk aku kembali menerimanya
Bila mana dia sendiri tidak mengaku aku ini kakaknya lagi!!!

Dia sudah cukup dewasa
Dia sendiri mementingkan diri bila mana merancang berkahwin seusia muda itu
Dia sendiri lepas tangan
Namun pandai berkata-kata
Meletakkan segala keburukan dirinya atas sebab kesalahannya... aku


Lalu bagaimana...
Bila hati sudah hancur berderai...
Biarlah orang kata aku egois
Biarlah orang kata aku emosional
Biarlah orang kata aku mendabik dada dengan pangkat aku ( yang orang lain tak sedar betapa susah untuk aku sampai di kedudukan aku setelah puas dipijak dihina orang sekeliling!!! )
Biarlah orang menghukum aku tak cium bau syurga

Namun
Jauh di sudut hati ini
Cukuplah...
Bila mana orang lain menghina
Bila mana orang lain mengata
Bila mana orang lain mencemuh

Namun
Aku masih mampu memaafkan kerana mereka tidak berada di tempat aku
Kerana mereka tidak pernah merasa apa yang aku rasa
Kerana mereka tak pernah tau betapa erti derita kemiskinan

Namun
Bila adik aku sendiri yang menghina
Bila mana adik aku sendiri mengatakan aku manusia penyebab kebiadapannya
Bila mana adik aku sendiri tidak mahu mengaku aku kakaknya
Aku tidak dapat memaafkannya
Kerana aku bersusah payah memastikannya hidup dalam kesenangan
Kerana aku berkorban segala-galanya demi memastikan dia mengecap sedikit kemewahan yang hanya mampu aku lihat sewaktu kecilku
Kerana dia meletakkan segala keburukan dan kesalahan dirinya pada aku sebagai puncanya
Biarlah....
Namun
Maaf
Aku tidak dapat memaafkan kau selagi hayatku kerana
Hati ini sudah hancur berkecai!!!!!!!

semua yag berlaku ada sebab musababnya...dan aku dikata sebagai penyebabnya!!!!

Ahad, 3 Januari 2010

TAHUN BARU AZAM BARU MINDA BARU....

Salam buat semua.
4 hari telah berlalu meninggalkan 2009 dalam penuh kenangan...baik kenangan semanis gula maupun sepahit hempedu...!!! Tahun 2010 tetap datang dalam usaha Tuhan untuk menjadikan manusia ciptaanNya lebih matang...dan pastinya tiap kali tahun baru menjelang maka sudah pasti azam akan panjang berjela...namun bagi aku hanya satu dan tetap sama....Jadi lebih baik dari tahun lalu...!!!
Namun mampukah aku??? Baru je berazam gitu aleh2 adik bongsu aku menggegarkan ruang otak...membuat aku duduk berfikir kembali...dan akhirnya aku ingin mengajak adik bongsu aku tu merenung sama2 apa yang aku pikirkan :

"Siapa Manusia Yang Tak Pernah Melakukan Kesilapan?"
Jawapan - Sudah Pasti Dia Manusia Yang Hebat !
“Siapa Dia Manusia Yang Hebat?”

Manusia yang hebat
a. manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila dia kuat berusaha dan melaksanakan apa yang dirancang olehnya.
b. manusia hebat menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha dan usaha. Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu kepada proses pencapaian matlamat mereka.
c. Bila orang lain mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!

Adakah usaha Anda setakat ini sudah hebat?
Untuk hebat kita perlu sentiasa POSITIF
Cammana nak berfikiran positif?
Pupuk pemikiran positif dengan…
1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hati, ANDA mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling ANDA ( wahai adikku sentiasa la berbuat baik dan bersangka baik dengan orang yang melihat kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang ANDA jumpa, yang ANDA temui, bercakap dan berinteraksi, fokus
pada sikap-sikap baik yang ANDA lihat ada pada dirinya. ( wahai adikku lihatlah kebaikan orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri ANDA dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang ANDA dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran. ( wahai adikku janganlah kau cepat sakit hati, geram dan marah pada orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila ANDA sedar yang ANDA sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang ANDA dengar akan
mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan beristighfar banyak2 andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri ANDA dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, ANDA dapat mengekalkan
fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, ANDA jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! - tengok je Raja Lawak!)

6. Jangan Ambil Kisah Cakap Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda ANDA supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri,
kerana bila situasi negatif terjadi pada ANDA (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? ANDA juga sebab ia terjadi pada ANDA, bukan mereka. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. ANDA kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. ( wahai adikku JIKA KAU BERANGGAPAN BAHAWA orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang telah banyak melakukan kesilapan maka JANGANLAH KAU JUGA MELAKUKAN KESILAPAN YANG PADA PANDANGAN MATAMU ITU SATU KESILAPAN YANG TAK BOLEH DIMAAFKAN !! )

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini ANDA silap. Mungkin ANDA GAGAL. Mungkin ANDA dah nak give up.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk ANDA!
ANDA HEBAT!!!!
p/s: wahai adik2ku di luar sana jangan jadikan tekanan kita sebagai beban kepada pikiran orang !

Rabu, 25 November 2009

Hari Raya Qurban

Di kala ini jalan2 mula lengang...buat kesekian kalinya aku melangkah ke ofis dgn tenang...ehhh sunyi le pulak takde orang...semua gara2 raya walaupun tak semeriah hari raya puasa yg mana rata2 mengqada'kan apa yg tak leh dibuat waktu bulan puasa...e.g. melantak sepuas hati dgn pegi open haouse sampai 10 buah rumah dlm masa sehari!!!
Namun berbalik kpd hari raya qurban...aku baru je balik dari negeri di bawah bayu...satu pengorbanan yg aku kira aku buat bkn saja utk kerja aku tapi juga muhasabah diri...bukan semua orang sanggup nak redah hutan naik bot semata2 nak tengok kesusahan hidup di situ...
maka aku pun bersyukur sejuta2nya krn aku dibesarkan dan hidup dlm suasana yg mewah...sebut je nak makan apa semua ada...tinggal nak ngap dan ngan ada duit tak ada duit je...!!!!
tapi di daerah terpencil ni aku lihat betapa kesukaran itu...nak cari kfc ke mcd ke pizza ke or whatever la...jgn mimpi la...pastu hari2 mandi air ujan...dah mana ada air dlm bosi...haiii kalau kat kl ni...puihhh...jgn le kau nak gedik2 mandi air ujan...dah tentu2 org kata kau giler ke??? kan ujan asid tu!!!!
letrik pun jap ada jap takde...ada pun kira nasib baik banyak la...
bila menyusur sungai yg banyak penghuninya rata2 sang buaya buat hati aku jadi kecut...hai kalau la kena libas dah sah2 le aku jd korban...ganti wak booo...
tapi lihat la pengorbanan kengkawan kita yg ada di daerah ini...memang aku respek giler!!!
semoga pengorbanan kalian mengorbankan segala kesenangan, kemewahan dan keseronokan duniawi akan mendapat balasan...

Khamis, 12 November 2009

CERMIN DIRI MELALUI PANTUN ORANG TUA

Kalau orang tua dulu2 bila nak cakap sesuatu mesti banyak dalam bentuk pantun baik dari pantun dua kerat sampailah ke lapan kerat dan yang berkerat-kerat...semua mesej disampaikan dengan tertib dan halus walaupun rasa memang nak marah betul...untuk waktu ni cuba kita renungkan pantun ni:

berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki;
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

berapa ramai yang tau betul2 maksud pantun kat atas ni??? paling2 pun cuma paham maksud yang nak disampaikan...betul tak...???? ok cuba kita kupas satu2 baris...tiap perkataan ada sebab dan maksudnya...

berburu ke padang datar
maksud: kalau ikut masyarakat orang dulu2 mana ada orang berburu kat padang yang rata tanahnya terbentang??? betul tak??? ikut logik masa tu mestilah bila nak berburu mesti punye kena masuk hutan belantara...so nak masuk hutan belantara bukan main redah je...mesti ada ilmu di dada...ilmu cam mana nak tangkap hewan terutamanya dan ilmu extra cam mana nak berdepan dengan "penunggu" hutan....haa silap2 kang masuk tak kuar2 dari hutan tu!!!! jenuh nak panggil JPA ke PGA ke askar wataniah...( dulu2 mana la ada pasukan tu semua!!!) ...so kalau orang tu beburu kat kawasan padang je maksudnya memang le pemalas!!

dapat rusa belang kaki
maksud: ha sesuailah kat padang je namanya pun...kat padang hewan apa yg hidup kat situ??? dah tentu le belalang kunyit...ha itulah rusa belang kaki...mana ada rusa kakinya berbelang??? kalau tak percaya gi kat mana2 zoo pun yg ada kat malaysia ni!!! so kalau dah malas tu habuan yg dapatpun bersesuaian benor le dgn tahap kemalasannya...org masuk utan dpt rusa ke payau ke kancil ke tapi kau dpt le belalang je...( sebab tu P.Ramlee pakai "belalang" dlm filem dia tu...kesimpulan jitu pada tahap kemalasannya sebagai seorang bapak!!!)

berguru kepalang ajar
maksud: ni le bebudak sekarang. suruh gi sekolah belajarnya main2 je...org gi sekolah kau g sekolah gak ( itupun tak termasuk bilangan hari ponteng lagi) org periksa lulus kau periksa semedang je cikgu takde pen biru!!! pastu sekarang ni mmg ramai dah belajar sikit je ada ilmu seciput je... tapi pakai serban sebeban!!!

bagai bunga kembang tak jadi
maksud: ni berikutan ngan belajar main2 tadi maka orang tu tak le jadi orang tapi makanya jadilah orang-orang yg menghiasi bendang je...cuba tengok bunga yg tak jadi nak kembang tu...burok benor ghupenya...

Moralnya:
Kita ni kena penuhi ilmu di dada...cari guru yg benar2 pandai dan betul landasannya...kalau malas jadi le cam dlm lagu Jamal Abdillah tu...Bunga Seroja...mari menyusun seroja bunga seroja...ahaahaaaa....(sambung le sendiri!!!)
kalau malas dapatnya susah,
kalau rajin dapatnya senang!!!
maka kenyang le kita wak!!!!!!

ok jumpa lagi dgn pantun lain pulak...

Isnin, 9 November 2009

AdUhhh LaaaAAAaa....!!!!!


Terbang helang setinggi-tinggi,

Nampak sang tikus terus menyambar;

Sungguh risau rasa di hati,

Kawan ku kini semakin hambar.


Anak punai anak merbah,

Terbang rendah berkawan-kawan;

Mana pergi kengkawan sewaktu susah?

Hidup le sorang mati tak makan!


Burung wak wak di celah rotan,

Terkonyong-konyong sampai ke kali;

Mana la mati tak makan;

Sape suruh enjoy perabis gaji?


Anak merbah di dahan tinggi,

melihat sekawan burung pungguk,

Mana boleh ditahan gaji ku ini?

lagi ada lagi kujolok.


Anak merpati mencari makan,

Mencari makan di rumah cik nyonya;

Aduh la lapar tak makan!

Mana la gajiku tak kunjung tiba?


Tikus mondok disambar helang,

Disambar helang di atas jeti;

Hasrat di hati nak buat hutang,

namun kawan ku semua buat tak reti!


Aduh la aduh la!!!!!!

gaji oh gaji...!!!!!!!!!!!!!


Ahad, 1 November 2009

SIAPA KITA TANPA MASALAH...????

Bertemu lagi. Hidup ini terlalu banyak carca merbanya. Setiap makhluk yang hidup sudah pasti tidak akan terlepas dari masalah hatta orang gila pun menghadapi masalah malah lebih besar dari kita yang siuman. Mereka terpaksa menghadapi satu kekangan fikiran bagaimana caranya untuk keluar dari lingkungan gangguan emosi yang meruntunkan. Kita yang waras harus bersyukur kerana kita masih menguasai lingkungan fikiran dan emosi kita walaupun masalah yang menimpa benar-benar menekan pundak fikiran kita. Teringat aku pada seorang teman yang hamper hilang kewarasan fikiran kerana tekanan yang dihadapinya dirasai terlalu berat dan menekan dirinya. Terlalu banyak yang terpaksa dipikul atas bahunya. Orang tuanya yang semakin uzur dan terlalu mengharapkan dirinya. Apa yang membelenggu hatinya bila mana ada adik lelaki tetapi gagal membantunya menghadapi tanggungan bersama-sama. Sikap adik lelakinya yang ambil jalan mudah lepas diri, lepas tangan benar-benar menyinggung perasaan wanitanya...! Jelas dia terlalu kecewa kerana adik yang diharapkannya just walk away...tinggalkan dia menanggung kesengsaraan keluarga sendirian sedangkan selama ini dia sudah cukup banyak berkorban untuk adiknya itu. Lalu siapa lagi nak digantung harapan??? Kemiskinan kesusahan dan penderitaan seolah-olah begitu sebati dengan kehidupannya sehinggakan setiap langkah usaha untuk keluar dari kepompong yang menyakitkan itu tetap berakhir di titik yang sama!!! Aku merasa begitu empati kerana apa yang dilalui oleh temanku ini sebenarnya telah lama aku lalui. Aku tahu dan cukup mengerti bagaimana rasa hidup dalam kemiskinan, malah diperkotak-katik dan dihina oleh orang-orang yang jauh lebih kaya. Namun semua itu aku anggap sebagai satu cabaran dan akhirnya aku sampai ke tahap ini...dan buat temanku juga mereka yang menghadapi masalah kugarapkan cerita ini buat renungan...
Lobak, Telur dan Serbuk Kopi
Pada suatu petang, seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, maka pasti akan timbul satu masalah baru.
Ayahnya tidak menjawab sebaliknya terus membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ayahnya memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan dia meletakkan serbuk kopi di periuk terakhir.Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.
Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar,
memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia mengangkat lobak dan meletakkannya di dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain,
dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.
Lalu si ayah bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasai lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebiji telur rebus yang mengeras.
Terakhir, ayahnya memintanya untuk merasai kopi.
Si anak tersenyum seketika, meminum kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.
Namun si anak masih gagal untuk mengerti maksud setiap perlakuannya itu.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"
Si Ayah lalu tersenyum. Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama: iaitu -perebusan,
tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus,
lobak menjadi lembut dan lunak.
Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus,
isinya menjadi keras.
Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air,
serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya?
Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"
Moral: Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu...?
Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras
dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.
Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
Lalu bagaimana kita menghadapi masalah hidup yang pasti akan datang? Ingatlah setiap yang terjadi pasti ada sebab dan musababnya. Tuhan tidak akan menguji melainkan insan itu insan yang memang tahan ujian dan dugaan Tuhannya.

Isnin, 26 Oktober 2009

SEBAB @ USLUB aku DI SINI

Salam buat semua.

Dah masuk seminggu aku di tempat baru...so far semuanya berjalan lancar...apa yg paling penting setakat ni jiwa aku lebih tenang di sini seolah2 aku serasi benar dgn tempat ini...kalau di tempat lama aku, banyak yg terpaksa aku lalui terutama dalam menguji kekuatan hati dan emosi bila mana dikelilingi oleh mereka yang lebih berfikiran sempit dan lebih gemar meloloskan diri dari bebanan tanggungjawab.
Bagi mereka yang masih tertanya2 kenapa aku memilih untuk beralih arah ke perdaerahan baru ini...di sini kupaparkan satu kisah yang telah membuka minda aku sekali gus memberi aku satu suntikan motivasi untuk mengorak langkah dan memilih untuk berada di tempat aku sekarang...

Alkisahnya :......
KISAH TIGA ORANG PEKERJA

Pada suatu petang yang hangat, tiga orang pekerja sedang membina jalan. Seorang pejalan kaki yang lalu di situ pun bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan?”
Pekerja pertama menjawab dengan riak muka yang marah, “Tak nampakkah saya sedang melebur simen untuk diterap di atas batu-bata?”
Pekerja kedua pula berkata, “ Saya sedang membina lebuh raya!”
Pekerja ketiga pula menunjukkan wajah yang ceria. Dia menjawab, “Lihat, kampung ini perlukan sebatang jalan untuk menghubungi kawasan utara dan selatan. Jalan raya yang sedang saya bina ini akan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang-orang kampung dan membangunkan perniagaan kampung ini. Jalan ini jalan menuju kemakmuran!”
Pejalan kaki itu tidak faham kenapa tiga orang pekerja yang melakukan pekerjaan yang sama, di tempat yang sama tetapi memberi respons yang berbeza. Yang nyata, pekerja ketiga seolah-olah menaruh harapan yang tinggi terhadap masa depan. Dia kelihatannya mempunyai pandangan dan cita-cita serta matlamat dalam hidupnya.
Setelah tiga tahun, pejalan kaki itu kembali ke tempat sama, kelihatan dua orang pekerja sahaja yang sedang meleburkan simen untuk membina semula jalan yang rosak. Mereka masih berhempas pulas di bawah pancaran matahari yang terik.
Maka pejalan kaki itu pun bertanya tentang pekerja ketiga. Dua pekerja itu menjawab bahawa pekerja ketiga itu sudah menjadi perancang bandar yang terkenal. Oleh sebab dia memberi cadangan untuk mengubah lokasi pembinaan lebuh raya yang membawa kepada pulangan ekonomi yang lebih besar, maka pekerja itu telah diambil oleh syarikat besar
sebagai penasihat lebuh raya.
Moral
: Terimalah tugasan dengan hati yang terbuka. Dengan sikap terbuka, seseorang akan rasa berminat maka dia akan belajar lebih banyak dan sedar akan kelemahan sesuatu perancangan. Daripada kelemahan itulah, dia akan menemui jalan yang lebih sesuai dan membina kejayaan serta kesempurnaan!
YEAHHH...mungkin aku juga akan berjaya seperti itu...Aminn!!!

Jumaat, 16 Oktober 2009

wahhh...lega rasanya!!!!!!!!!!!!!

Salam buat semua...terutama buat teman2 yang kutinggalkan di perdaerahan Hang Tuah. Bukan niat aku untuk sengaja meninggalkan kalian tapi langkah ini perlu aku atur demi masa depan aku...mungkin ada antara kalian yang pastinya mengecop aku ni selfish ke atau manusia yang tergila2kan kuasa atau pangkat...ikut suka la mana pun kalian nak gelar aku.
Tapi aku perlu lakukan sesuatu...aku bukan muda lagi macam kalian...yang masih jauh jarak perjalanannya...aku perlu mengejar usia aku...terlalu banyak yang telah kusia2kan...walaupun pada dasarnya apa yang aku lalui semua itulah yang banyak mengajar aku...membimbing aku untuk menjadi manusia yang lebih matang...mungkin juga aku ini manusia yang terlalu mengejar kesempurnaan walaupun orang selalu kata nobody is perfect right???!!! but aku cuba sedaya untuk menjadi sesempurna mungkin...mungkin kerana aku terlalu memandang ke hadapan dan terlalu kagum dengan manusia-manusia yang hampir2 99% perfect...aku kagum dengan cara mereka bekerja...bagaimana mereka boleh managed semua serentak very well and perfect pada mata aku...so aku mesti belajar untuk jadi seperti mereka.
Dan kini aku di tempat kerja yang baru suasana baru kawan baru dan most important bos baru aku yang ari ni aku diberitahu sangat perfect and very particular...wahhh...mungkin inilah tempatnya untuk aku belajar menjadi manusia seperti itu...walaupun pada dasarnya pasti terlalu banyak yang terpaksa aku koprbankan...tapi tanpa pengorbanan pasti tak ade kejayaan kan...
buat teman2 aku yang dulu...ari ni aku lega...segala kerunsingan terjawab...walaupun aku tak boleh nak gelak sebesar2nya cam dulu atau wat lawak bodoh...tapi aku rasa lega sebab kawan2 baru kat sini semua ok and very friendly...fuhhh lega...
okay cowww...nak balik umah dah nih!!!!!!!!!!!

Selasa, 6 Oktober 2009

HARI HARI TERAKHIRKU DI DAERAH INI !!

Salam perpaduan...
Tinggal beberapa hari lagi aku di daerah ini...pelbagai perasaan bercampur baur...pemergianku kali ini sebagai permulaan untuk aku mengorak satu bentuk kehidupan yang terlalu jauh berbeza dari dulu....sekian lama aku belajar menjadi orang biasa...manusia marhaen...menerima arahan demi arahan dari orang-orang "kayangan"...merasa betapa sakitnya hati bila dipandang sebelah mata oleh mereka mereka yang berpangkat besar...masih jelas lagi di mata aku tatkala aku hanya budak carwash...bila mereka yang berkereta besar, berpangkat besar masuk ke carwash aku...dengan lagak tersendiri...dan betapa aku rasa teramat kerdil di mata mereka itu...
Namun berkat kesabaran aku dan ketabahan aku untuk belajar dan tak pernah jemu memperbaiki kelemahan diri...akhirnya aku kini mampu berada dalam golongan mereka mereka itu...tinggal seminggu lagi untuk aku memulakan kerja baru...
Namun daerah ini sebenarnya terlalu banyak mengajar aku tentang hidup dalam erti kata sebenar. Aku mula berfikir dan berusaha mengenali diri setelah lama terlena...dan daerah ini nyata banyak membuka mata aku...bukan sahaja mata malah mata hati aku yang jauh tersepuk di dalam lubuk hati kecik aku ni...aku mula tercari-cari arah dan matlamat hidup aku...kalau orang lain dah lama mencapai cita-cita dan impian masing-masing...apatah lagi orang-orang yang hampir dengan aku yang ada di sekeliling aku sudah semakin jauh meninggalkan aku yang masih di takuk lama...namun sebenarnya aku tak pernah kesal...kerana apa yang aku lalui hingga hari ini tak ada jual kat tesco ke jusco ke apa lagi kat d'curve ke sogo ke...confirm memang tak jumpa punya...dan aku rasa apa yang aku lalui itu amat penting sebelum aku berada pada kedudukan aku yang baru ini...
semoga nanti bila aku berada di puncak aku tak akan pernah lupa untuk memandang rumput di bawah...aku takut jugak kalau nanti suatu waktu aku pun termasuk dalam golongan mereka yang pernah datang ke carwash aku...minta dijauhkan lahhhh....
yeahhh....aku pasti rindu akan kehidupan aku di sini....!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
sungguh jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan

Selasa, 29 September 2009

BULAN BARU AZAM BARU HATI BARU

Salam buat semua...lamanya baru dapat kembali ke daerahku sendiri...begitu lama jugak aku tak menjenguk laman kecik ku ini...bulan Ramadhan datang dan dah berlalu pun berganti syawal...sepanjang bulan Ramadhan aku dapat harungi dengan penuh keinsafan...berbanding dengan tahun2 lalu tahun ni aku rasa aku dapat mengharunginya dengan tenang biarpun masalah yang aku hadapi berlipat kali ganda...yelah seperti kata pujangga lagi banyak usia kita maka lagi banyak dugaannya...macam periksa PTK la...lagi tinggi nak naik pangkat lagi mengarut la soalan2nya...bulan Ramadhan kali ini benar-benar menduga aku namun entah dari mana datang kekuatan itu aku dapat mengharunginya....kalau dulu asal mula berpuasa je mesti aku dapat berbuka puasa dengan famili tersayang...dan tahun ini aku nyaris2 tak dapat lagi merasa itu semua...namun tiap kali lepas sembahyang terawih kupanjat doa mohon supaya dapat dibuka jalan untuk aku kembali bersama mak bapak aku berbuka puasa...dan akhirnya alhamdulillah aku berjaya jugak walaupun waktunya dah agak terlewat dan hanya sekali cuma...biar sedih rasa hati namun aku tetap bersyukur...
Dan sekali lagi aku dicuba...hampir2 tidak dapat beraya bersama mak bapak aku dan adik2 yang lain...hati dah mula menangis sayu...terbayang2 depan mata kegembiraan dan hilai tawa mereka...aduhhh dengar lak lagu arwah Sudirman Dari jauh Kupohon Restu....aduhhh sadisss!!!!!! berderai2 air mata....lagi sekali kupanjat doa memohon diberi jalan...dan akhirnya malam raya aku balik dengan penuh kejutan...aduhhh gembira rasa di hatiku...terima kasih tidak terhingga pada mu Tuhan...kerana tidak pernah menghampakan permintaan aku...
Dan hari ini aku terima berita paling menggembirakan...aku kembali semula ke daerahku untuk bersama dengan mak bapak aku...aduhhh gembiranya....terima kasih tuhanku....
Dan sempena bulan baru ini aku dengan azam baru untuk jadi lebih tabah dari hari semalam...aminnn!!!!!!!!!!

Isnin, 10 Ogos 2009

DUNIA AKhiR ZAMAN

Apa nak jadi dengan dunia kita??? dunia globalisasi yang dibangga-banggakan??? ...dulu sibuk dengan selesema burung...maka banyak la ayam-ayam bandar dan di ulu-ulu kampung terkorban dan dikorbankan tanpa rela...pakcik-pakcik kat kampung meleleh ayaq mata...uiihhh ayam wat kenduri tu!!!! sekarang nih dah mula dah selesema 'wak pendek' lak....tapi yang herannya tak lak wak-wak apek tu nangih nak ilang 'wak pendek" dia yang huduh tu...malah ketawa lebar-lebar lagi...'dah ramai manusia terkorban tapi 'wak pendek' sekor pun belum aku dengar kena korban...korban wat lauk masak stim adalah...huhuhu...persoalannya kenapa? mengapa?
Maka tersentak la kotak fikiran aku nihhh...ni la orang kita...kera di hutan disusukan anak sendiri mati tak makan...orang dagang ditanakkan, anak sendiri kelaparan...ha nilah sikap "mesra" orang kita sejak zaman Datuk Maharaja Lela...memperjuangkan hak dikatakan memberontak...tapi ini lain versinya dengan demonstrasi budak2 kampung di Jalan TAR baru2 nih....satu lagi persoalan...kenapa yek orang kita ni bodoh walhal sekolah tinggi...senang2 je kena tipu ngan orang??? akai ada ka???
mana taruhhhh????
Ni lah bila kita tak melihat dengan mata hati maka akal kita automatik mati...
Ni lah bila kita main ikut-ikut je maka jadi la kita bagai lembu dicucuk hidung...
Ni lah bila kita takut orang kata kita pengecut maka kita pun berlagak bagai Nordin Mat Top...
Ni lah bila kita sibuk nak jaga periuk nasi sendiri maka orang lain yang susah dapat basa-basi...
LaLU di mana kita sebenarnya?
Siapa kita sebenarnya di bumi fana ni?????
Di mana arah langkah kita....??????
Bak kata Nabil...lu fikir la sendiri!!!!
Tapi berapa ramai antara kita yang fikir dengan cara
Edward de Bono?????
Kalau la semua cam Edward de Bono mesti demosnstrasi jalanan tu tak tercatat dalam sejarah!!!

Isnin, 3 Ogos 2009

AKHIRNYA.........................!!!!!!!!!!!!!!

Salam buat semua. Terima kasih pada adikku...kerana mengingatkan kembali aku pada blog yang telah lama kutinggalkan...bukan mau berhenti menulis...tapi bak kata adikku...aku memang seorang yang sibuk terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi...walhal orang lain kerja gak tapi masih punya waktu untuk diri sendiri.

Dan tika aku menulis kembali ini pun kerana tetiba wujud masa senggang buatku...terpana sebentar memikirkan jalan yang telah kulalui...baru-baru ini aku ke pulau lagenda...percaya atau tidak inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di pulau mahsuri ini...biarpun orang lain dah muak dengan pulau ni tapi aku baru berupaya menjejakkan kaki ku di sini...dah sebenarnya aku ke sini pun bukan seperti orang lain atas tiket bercuti...tapi atas sebab tugasan yang tak dapat kuelakkan...

Kukira keberadaan aku di sini pun dalam masa yang terlalu singkat menyebabkan aku jadi lelah...namun sempat juga aku meneliti dan memerhari manusia di sekeliling...dah tercetus di fikiranku betapa orang Malaysia ini semuanya kaya-kaya belaka...(mmm...patutlah harga minyak asyik naik aje!!!). Aku lihat semua sibuk membeli-belah seolah-olah hari esok tak akan tiba lagi...dan masing-masing mencapai pinggan mangkuk yang beratus-ratus harganya...( emmm cukup untuk belanja aku sebulan ! )... lalu di mana keluhannya jika semua barang naik harga??? dan kudengar desas desusunya...buat persiapan hari raya yang akan tiba tak lama lagi...wahhh puasa pun belum lagi!!!! Ni la orang melayu sebenarnya...entahlah...

Dan aku hanya mampu menelan air liur saja melihat mereka naik hantu membeli belah...aku???? mana mampu...duit yang seciput dalam beg duit murah aku ni perlu dikawal...kalau tak puasa la sebulan jawabnya...alasan puasa syaaban...wahhh gitu...walhal duit poket dah susut...

ooooppppsss....ada lagi tugasan tiba...sekejap saja aku di sini...sehari semalam...aku akan ke perlis pula meneruskan tugasan ku...arghhhh keja--keja--keja....

Ahad, 10 Mei 2009

Ibu...Mama...Ummi...Mek...

Biar apa pun juga bunyi panggilannya namun ia tetap utk org yg sama statusnya...org yg bersabung nyawa melahirkan anaknya...membelai menjaganya sampai dewasa hingga benar2 mengenal erti dunia yang fana ini...dan utk tahun ini aku terlewat mengucapkan selamat hari ibu buat emak aku yg terlalu banyak berkorban utk aku...emak seorang manusia yg terlalu luhur dan terlalu lurus aku kira...liku perjalanan hidupnya tak semudah org melihatnya...aku masih ingat dan masih terlalu segar kerna terlalu payah utk aku buang dari lipatan otak aku...waktu aku masih anak2 aku masih ingat betapa emak aku tu bukan lah menantu favourite nenek aku tu...emak aku tu dikahwinkan dgn abah aku atas satu alasan yg kukira bagi ku memang kurang ajar ( tapi kalau emak dan abah tak kahwin mesti aku tak wujud di dunia nihhh ...terima kasih gak buat nenek aku walaupun aku memang tak pernah sebulu dgn dia ! )...alkisah emak aku ni anak sedara nenek aku nihhh...nenek aku ada ramai anak....tiga belas org semuanya....nenek aku keja kat bendang so waktu gi bendang maka emak aku akan dipanggil suruh jaga sepupu2 dia yg masih kecik tu...masak, basuh baju, ngemas umah dll...pendek kata complete la....dan bila abah aku jadi army...maka nenek aku pun tak leh dok diam...ngelabah sebulan...ye la kan army kalau kahwin nanti gaji laki kena bagi kat bini kan?? haa tu yg dia jadi tak senang duduk takut gaji abah aku jatuh ke pompuan lain...jadi nak ngelakkan duit tak gi mana maka nenek aku pun pujuk la tokwan aku suruh kahwinkan emak aku dgn abah aku...maka begitulah terlangsungnya perkahwinan emak dan abah aku...( dan emak aku memang tak rasa gaji abah aku!!!! )
Sepanjang berkahwin dengan abah aku, mak tak pernah kering air mata tapi mak tak berani ngangis depan abah...( tu la beza isteri zaman dulu dgn isteri zaman sekarang...isteri zaman sekarang kalau tak puas ati ngan mak mertua terus melenting ngan laki dia terus boikot ! )....aku yg banyak menyaksikan keperitan emak...emak jarang bagi aku buat kerja kecuali kalau dia memang dah tak larat sangat...adik beradik aku pun ramai...dia suruh aku baca buku belajar rajin2 jadi org pandai jangan jadi cam dia...sian mak aku...tiap ari mesti nenek aku datang umah aku...bukan ape cuma nak check mak aku buat kerja umah ke tak? dan lagi penting nak tau kita org mkn lauk apa ari tu...kalau makan lauk ayam wahhhh maka meletup la cam bunga api tahun baru cina...nenek aku kata kita org tak sayang kat abah...nyusahkan abah...tau nak makan sedap2 je...alahai...dia suruh kita org makan ikan kering...kalau tak ada lauk makan je minyak bawang tu...( sejenis masakan yg mak aku masak dengan goreng bawang, letak cili kering campur garam sikit!!! ) puhhh aku sabar je tengok nenek aku tu...kalau beli brg2 dlm umah ha tu memang nak cari nahas la tu...sebab tu umah aku yg paling buruk dikira dgn adik-beradik abah yg lain...pendek kata yg paling mesikin dan sengkek la...sampai satu tahap... nenek aku punya la menyampah ngan mak aku...masa tu abah dah tak jadi army lagi....dia bagi pilihan kat abah...pilih dia atau mak...masa tu aku dah form 5 tengah bergelut nak spm...tuhan je tau camna berbuku nyer aku dgn nenek aku tu...aku cakap kat abah...terpulang pada abah...tapi kalau abah pilih nenek jgn salah kan kita org kalau kita org tak amik tau pasal abah bila abah tua nanti...abah termenung panjang...alhamdullilllah...kekal gak emak dgn abah sampai sekarang...maka lagi la meluap menyampahnya nenek ngan emak dan kitaorang...bila raya je...kitaorg mesti dok kat lantai...tak leh dok atas kerusi...walhal umah yg nenek dok tu umah abah...aduhhh tekanan...tapi tak pe...dan memang tuhan maha kaya...nenek kena strok....lumpuh...tujuh tahun tujuh bulan tujuh hari....dan sape yg susah payah jaga tu???? emak aku gak yg nenek benci2 tu...adik beradik abah yg semua pedengki tu sikit pun tak nak jaga...apatah lagi bila nenek semakin membusuk...aku gak yg tolong pegang....emak gak yg tolong jaga suap makan....sampai la nenek menghembuskan nafas terakhirnya....

itulah emak....aku kesian tengok mak dari dulu susah sampai sekarang pun susah....kalau dulu susah ngan mak mertua sekarang nih menantu la pulak...menantu semua kerek...mana nak cari mak mertua macam emak...tolong masak, jaga anak basuh baju...complete...aku rasa kalau mak mertua lain dah tentu membebel...ye lah cam arwah nenek aku tu lah...tapi menantu dia semua jenis tak tau berterima kasih...yg dok marah dan membebel : aku...tapi emak aku kata ; biarlah...yg dia jaga bukan org lain...anak dia cucu dia gak....aduhai la emaakkkk.....

semoga emak sentiasa diberkati...dan insyaAllah aku akan cuba lerai dari kekalutan diri aku untuk kembali membantu emak sebagaimana sebelum dulu....

tapi...biarpun aku menyampah dengan nenek aku....dan susah sungguh aku nak sedekahkan Al-fatihah buat dia...namun jauh di sudut hati aku berterima kasih dengan dia kerana...

1. sebab dia aku wujud di dunia ini
2.sebab dia aku jadi manusia berjaya di dunia ini setelah puas dihina oleh nenek
3.sebab dia emak jadi manusia paling mulia dan luhur di muka bumi ini...

SELAMAT HARI IBU BUAT EMAK!!!!!

Ahad, 3 Mei 2009

SINGKATNYA SEBUAH KEHIDUPAN

Hari ni kami dikejutkan dengan sebuah berita sedih...salah seorang dari kami telah kembali menemui Penciptanya...tepat tanggal 30 April...seperti mana berakhirnya bulan April begitulah riwayatnya sebagai seorang manusia...tak sangka hari Khamis lalu adalah hari terakhir kami bersama dengannya.
Lebih tragis lagi mereka bercerita dia keluar dari rumah pada petang itu untuk membeli tomyam...tak pasti pulak aku sama ada dia sempat menyantap tomyam itu buat kali terakhir hidupnya sebagai seorang manusia.
Kematiannya pun bukan atas silapnya...atas kecuaian manusia lain yang kononnya bergelar mahasiswa UITM yang memandu kereta dengan rakusnya sambil menggunakan telefon...lalu melanggar si kawan yang sedang berjalan kaki...aduhhh...betapa hancur hati si ibu...semua yang ada tak terucap kata-kata kerana yang menjadi punca itu bukan calang-calang orangnya...manusia yang secara normalnya sudah boleh berfikir dengan sebaiknya...namun itulah kehidupan dan ketentuan Tuhan. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu menerimanya walau hati sebenarnya terluka.
Namun ada sesuatu dalam kisah kematiannya...hidup kita ini nyata terlalu singkat...kekadang kita diterjah satu persoalan...
Mungkinkah kematian itu lebih baik untuknya?????
Semoga Tuhan sentiasa mencucuri rahmat ke atasnya...dan moga ditempatkan bersama2 orang yang soleh. Amin. Al Fatihah.

Isnin, 27 April 2009

Satu Perjalanan

Aku sebenarnya terlalu rindu akan car washku...dua bulan telah kutinggailkan dengan banyak kenangan indah yang terlalu berharga buat aku. Di situ aku belajar untuk menjadi seorang zuhud...satu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh manusia seperti aku maupun manusia2 di luar sana...bila mana kita meletakkan diri di tempat yang rendah maka banyaklah yang akan pelajari tentang sikap manusia...yang utama aku belajar bagaimana berhadapan dengan manusia angkuh dan bongkak walhal kemewahan tak seberapa mana...aku juga belajar mengenal hati budi orang2 yang kurang berjaya seperti rakan2 sekerja ku...nyata begitu bertungkus lumus mencari sesuap nasi dek kerana kesilapan semasa di bangku sekolah...silap kerana alpa untuk menimba ilmu selayak mungkin yang nyata menjamin masa depan jauh lebih baik...tapi org tua2 pun dah ingatkan...jangan sampai nasi jadi bubur...kalau dah jadi bubur hah terpaksa le telan gak janji kenyang...takkan nak masak nasi sekali lagi, perut dah mendidih nihh.
Aku terpaksa meninggalkan car wash...kerana kerja aku hari ini jauh lebih baik yelah sesuai dgn kelulusanku...itupun setelah puas ayahanda tercinta marahkan aku...kata ayahanda penat je belajar tinggi2 tapi dok ceruk basuh keta orang apahal...dia memang tak pernah faham anak dia sorang dia nihhh...bagi dia aku mesti jadi anak yang perfect di matanya...dan car wash sebenarnya tempat escapepism aku yang maha agung....aku belajar jadi manusia sebenarnya di situ...
Dan di tempat kerja aku sekarang nihhh aku terpaksa berhadapan saban hari dengan manusia2 yang kukira menjengkelkan bagiku...tak pernah nak dengar pendapat orang. Sentiasa rasa diri dia yang paling bagus...fuhhh...kalau boleh muntah dah tentu2 aku muntah setiap hari...aku juga terpaksa berdepan dengan orang yang pentingkan diri sendiri dan ligat berfikir macam mana nak lepaskan diri dari kerja...@curi tulang le tu...dan akhirnya aku yang kena antar siapkan assingnment nihhh kat utara...sikit nyer jauh ke...alasan nape dia tak leh pegi...i tak tau la jalan nak ke sana lagi pun anak i ramai, sape nak jaga diaorang...haa'ah elok sangat lah tu alasan camtu..lantaklah...aku tak kisah sangat sebenarnya...cuma cara tu yang aku tak berkenan...tak apalah yang penting banyak ilmu aku dapat...yelah jauh perjalanan banyak la pengalaman. Dan bagi aku semua apa yang aku lalui selama ini suatu pengalaman yang berharga buat aku yang pastinya takkan ada dijual di mana2 pasaraya hatta kat ikea ke kat curve ke atau paling selekeh pun kat petaling street...confirm memang takkan adanyer...haahhhh ari ni last day aku kat utara nihhh...kang settle aku nyer assignment aku akan kembali ke daerah ku...yeahh satu perjalanan jauh untuk aku melihat dan mengkaji gelagat manusia dalam perjalanan aku untuk menjadi seorang manusia...( kerana kalau tak ada 16 nilai kemanusiaan camna nak ngaku jadi manusia...hehehe...nak tau 16 nilai tu tanya bebudak sekolah yg amik moral!!!)

Ahad, 26 April 2009

NASI LEMAK BUAH BIDARA

Salam buat semua...sarap apa pagi tadi? tak roti canai mesti pekena nasi lemak kan?? Tiap kali aku makan nasi lemak pasti teringat pantun orang dulu2...
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba lurutkan.
Wuahhh...wuahhh....nasi lemak gak jadi mangsa...sian nasi lemak...apasal tak guna nasi goreng ke...kalau nasi goreng paprik lagi best...tak pun nasi ayam ok gak...cerita pasal nasi lemak nihhh...best pagi ni member aku belanja nasi lemak sambal kerang fuhhh meletup...masak sendiri tu....tapi nasi lemak yang jual kat kedai @ warung tu tak sama dah dengan nasi lemak dulu2. Nasi lemak dulu bungkus dengan daun pisang...tapi sekarang dalam polisterin je...takpun dalam plastik@kertas cokelat tu...kalau dulu nasi lemak selambak...(hehe...kalau tak org lelaki tak kata la yg pompuan punya tu nasi lemak...) tapi nasi lemak sekarang alahaiii ciput nyer...dua kali suap selesai...tak sempat nak paling kiri kanan...kalau dulu aksesori nasi lemak sikit punyer meriah ke...sekarang nihh...aduhhh nak cari ikan bilis jenuh selak kacang selak nasi tak gak jumpa2...telur lak jangan cerita la...kalau kiraan matematik tu...1/4 pun tak sampai...punya teror makcik nasi lemak sekarang potong telur rebus tu...tu kalau telor rebus...kalau telur goreng lain lak harganya...mana la makcik nasi lemak tak gi haji dua kali setahun...hahaha...tapi yang bestnya nasi lemak sekarang...24 jam...cam 7-eleven gak...malam2 buta kalau rasa gian nasi lemak gi je cari...mesti adanyer...apa2 pun terima kasih le kat best fren aku nihhh pasal rajin bangun pepagi nak masak nasik lemak wat kengkawan....adios...moga murah rezeki...