Isnin, 9 November 2009

AdUhhh LaaaAAAaa....!!!!!


Terbang helang setinggi-tinggi,

Nampak sang tikus terus menyambar;

Sungguh risau rasa di hati,

Kawan ku kini semakin hambar.


Anak punai anak merbah,

Terbang rendah berkawan-kawan;

Mana pergi kengkawan sewaktu susah?

Hidup le sorang mati tak makan!


Burung wak wak di celah rotan,

Terkonyong-konyong sampai ke kali;

Mana la mati tak makan;

Sape suruh enjoy perabis gaji?


Anak merbah di dahan tinggi,

melihat sekawan burung pungguk,

Mana boleh ditahan gaji ku ini?

lagi ada lagi kujolok.


Anak merpati mencari makan,

Mencari makan di rumah cik nyonya;

Aduh la lapar tak makan!

Mana la gajiku tak kunjung tiba?


Tikus mondok disambar helang,

Disambar helang di atas jeti;

Hasrat di hati nak buat hutang,

namun kawan ku semua buat tak reti!


Aduh la aduh la!!!!!!

gaji oh gaji...!!!!!!!!!!!!!


Ahad, 1 November 2009

SIAPA KITA TANPA MASALAH...????

Bertemu lagi. Hidup ini terlalu banyak carca merbanya. Setiap makhluk yang hidup sudah pasti tidak akan terlepas dari masalah hatta orang gila pun menghadapi masalah malah lebih besar dari kita yang siuman. Mereka terpaksa menghadapi satu kekangan fikiran bagaimana caranya untuk keluar dari lingkungan gangguan emosi yang meruntunkan. Kita yang waras harus bersyukur kerana kita masih menguasai lingkungan fikiran dan emosi kita walaupun masalah yang menimpa benar-benar menekan pundak fikiran kita. Teringat aku pada seorang teman yang hamper hilang kewarasan fikiran kerana tekanan yang dihadapinya dirasai terlalu berat dan menekan dirinya. Terlalu banyak yang terpaksa dipikul atas bahunya. Orang tuanya yang semakin uzur dan terlalu mengharapkan dirinya. Apa yang membelenggu hatinya bila mana ada adik lelaki tetapi gagal membantunya menghadapi tanggungan bersama-sama. Sikap adik lelakinya yang ambil jalan mudah lepas diri, lepas tangan benar-benar menyinggung perasaan wanitanya...! Jelas dia terlalu kecewa kerana adik yang diharapkannya just walk away...tinggalkan dia menanggung kesengsaraan keluarga sendirian sedangkan selama ini dia sudah cukup banyak berkorban untuk adiknya itu. Lalu siapa lagi nak digantung harapan??? Kemiskinan kesusahan dan penderitaan seolah-olah begitu sebati dengan kehidupannya sehinggakan setiap langkah usaha untuk keluar dari kepompong yang menyakitkan itu tetap berakhir di titik yang sama!!! Aku merasa begitu empati kerana apa yang dilalui oleh temanku ini sebenarnya telah lama aku lalui. Aku tahu dan cukup mengerti bagaimana rasa hidup dalam kemiskinan, malah diperkotak-katik dan dihina oleh orang-orang yang jauh lebih kaya. Namun semua itu aku anggap sebagai satu cabaran dan akhirnya aku sampai ke tahap ini...dan buat temanku juga mereka yang menghadapi masalah kugarapkan cerita ini buat renungan...
Lobak, Telur dan Serbuk Kopi
Pada suatu petang, seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, maka pasti akan timbul satu masalah baru.
Ayahnya tidak menjawab sebaliknya terus membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ayahnya memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan dia meletakkan serbuk kopi di periuk terakhir.Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.
Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar,
memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia mengangkat lobak dan meletakkannya di dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain,
dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.
Lalu si ayah bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasai lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebiji telur rebus yang mengeras.
Terakhir, ayahnya memintanya untuk merasai kopi.
Si anak tersenyum seketika, meminum kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.
Namun si anak masih gagal untuk mengerti maksud setiap perlakuannya itu.
Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"
Si Ayah lalu tersenyum. Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama: iaitu -perebusan,
tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus,
lobak menjadi lembut dan lunak.
Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus,
isinya menjadi keras.
Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air,
serbuk kopi merubah air tersebut.
"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya?
Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"
Moral: Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu...?
Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras
dengan jiwa dan hati yang kaku?
Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.
Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.
Lalu bagaimana kita menghadapi masalah hidup yang pasti akan datang? Ingatlah setiap yang terjadi pasti ada sebab dan musababnya. Tuhan tidak akan menguji melainkan insan itu insan yang memang tahan ujian dan dugaan Tuhannya.

Isnin, 26 Oktober 2009

SEBAB @ USLUB aku DI SINI

Salam buat semua.

Dah masuk seminggu aku di tempat baru...so far semuanya berjalan lancar...apa yg paling penting setakat ni jiwa aku lebih tenang di sini seolah2 aku serasi benar dgn tempat ini...kalau di tempat lama aku, banyak yg terpaksa aku lalui terutama dalam menguji kekuatan hati dan emosi bila mana dikelilingi oleh mereka yang lebih berfikiran sempit dan lebih gemar meloloskan diri dari bebanan tanggungjawab.
Bagi mereka yang masih tertanya2 kenapa aku memilih untuk beralih arah ke perdaerahan baru ini...di sini kupaparkan satu kisah yang telah membuka minda aku sekali gus memberi aku satu suntikan motivasi untuk mengorak langkah dan memilih untuk berada di tempat aku sekarang...

Alkisahnya :......
KISAH TIGA ORANG PEKERJA

Pada suatu petang yang hangat, tiga orang pekerja sedang membina jalan. Seorang pejalan kaki yang lalu di situ pun bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan?”
Pekerja pertama menjawab dengan riak muka yang marah, “Tak nampakkah saya sedang melebur simen untuk diterap di atas batu-bata?”
Pekerja kedua pula berkata, “ Saya sedang membina lebuh raya!”
Pekerja ketiga pula menunjukkan wajah yang ceria. Dia menjawab, “Lihat, kampung ini perlukan sebatang jalan untuk menghubungi kawasan utara dan selatan. Jalan raya yang sedang saya bina ini akan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang-orang kampung dan membangunkan perniagaan kampung ini. Jalan ini jalan menuju kemakmuran!”
Pejalan kaki itu tidak faham kenapa tiga orang pekerja yang melakukan pekerjaan yang sama, di tempat yang sama tetapi memberi respons yang berbeza. Yang nyata, pekerja ketiga seolah-olah menaruh harapan yang tinggi terhadap masa depan. Dia kelihatannya mempunyai pandangan dan cita-cita serta matlamat dalam hidupnya.
Setelah tiga tahun, pejalan kaki itu kembali ke tempat sama, kelihatan dua orang pekerja sahaja yang sedang meleburkan simen untuk membina semula jalan yang rosak. Mereka masih berhempas pulas di bawah pancaran matahari yang terik.
Maka pejalan kaki itu pun bertanya tentang pekerja ketiga. Dua pekerja itu menjawab bahawa pekerja ketiga itu sudah menjadi perancang bandar yang terkenal. Oleh sebab dia memberi cadangan untuk mengubah lokasi pembinaan lebuh raya yang membawa kepada pulangan ekonomi yang lebih besar, maka pekerja itu telah diambil oleh syarikat besar
sebagai penasihat lebuh raya.
Moral
: Terimalah tugasan dengan hati yang terbuka. Dengan sikap terbuka, seseorang akan rasa berminat maka dia akan belajar lebih banyak dan sedar akan kelemahan sesuatu perancangan. Daripada kelemahan itulah, dia akan menemui jalan yang lebih sesuai dan membina kejayaan serta kesempurnaan!
YEAHHH...mungkin aku juga akan berjaya seperti itu...Aminn!!!