Isnin, 26 Oktober 2009

SEBAB @ USLUB aku DI SINI

Salam buat semua.

Dah masuk seminggu aku di tempat baru...so far semuanya berjalan lancar...apa yg paling penting setakat ni jiwa aku lebih tenang di sini seolah2 aku serasi benar dgn tempat ini...kalau di tempat lama aku, banyak yg terpaksa aku lalui terutama dalam menguji kekuatan hati dan emosi bila mana dikelilingi oleh mereka yang lebih berfikiran sempit dan lebih gemar meloloskan diri dari bebanan tanggungjawab.
Bagi mereka yang masih tertanya2 kenapa aku memilih untuk beralih arah ke perdaerahan baru ini...di sini kupaparkan satu kisah yang telah membuka minda aku sekali gus memberi aku satu suntikan motivasi untuk mengorak langkah dan memilih untuk berada di tempat aku sekarang...

Alkisahnya :......
KISAH TIGA ORANG PEKERJA

Pada suatu petang yang hangat, tiga orang pekerja sedang membina jalan. Seorang pejalan kaki yang lalu di situ pun bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan?”
Pekerja pertama menjawab dengan riak muka yang marah, “Tak nampakkah saya sedang melebur simen untuk diterap di atas batu-bata?”
Pekerja kedua pula berkata, “ Saya sedang membina lebuh raya!”
Pekerja ketiga pula menunjukkan wajah yang ceria. Dia menjawab, “Lihat, kampung ini perlukan sebatang jalan untuk menghubungi kawasan utara dan selatan. Jalan raya yang sedang saya bina ini akan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang-orang kampung dan membangunkan perniagaan kampung ini. Jalan ini jalan menuju kemakmuran!”
Pejalan kaki itu tidak faham kenapa tiga orang pekerja yang melakukan pekerjaan yang sama, di tempat yang sama tetapi memberi respons yang berbeza. Yang nyata, pekerja ketiga seolah-olah menaruh harapan yang tinggi terhadap masa depan. Dia kelihatannya mempunyai pandangan dan cita-cita serta matlamat dalam hidupnya.
Setelah tiga tahun, pejalan kaki itu kembali ke tempat sama, kelihatan dua orang pekerja sahaja yang sedang meleburkan simen untuk membina semula jalan yang rosak. Mereka masih berhempas pulas di bawah pancaran matahari yang terik.
Maka pejalan kaki itu pun bertanya tentang pekerja ketiga. Dua pekerja itu menjawab bahawa pekerja ketiga itu sudah menjadi perancang bandar yang terkenal. Oleh sebab dia memberi cadangan untuk mengubah lokasi pembinaan lebuh raya yang membawa kepada pulangan ekonomi yang lebih besar, maka pekerja itu telah diambil oleh syarikat besar
sebagai penasihat lebuh raya.
Moral
: Terimalah tugasan dengan hati yang terbuka. Dengan sikap terbuka, seseorang akan rasa berminat maka dia akan belajar lebih banyak dan sedar akan kelemahan sesuatu perancangan. Daripada kelemahan itulah, dia akan menemui jalan yang lebih sesuai dan membina kejayaan serta kesempurnaan!
YEAHHH...mungkin aku juga akan berjaya seperti itu...Aminn!!!

Jumaat, 16 Oktober 2009

wahhh...lega rasanya!!!!!!!!!!!!!

Salam buat semua...terutama buat teman2 yang kutinggalkan di perdaerahan Hang Tuah. Bukan niat aku untuk sengaja meninggalkan kalian tapi langkah ini perlu aku atur demi masa depan aku...mungkin ada antara kalian yang pastinya mengecop aku ni selfish ke atau manusia yang tergila2kan kuasa atau pangkat...ikut suka la mana pun kalian nak gelar aku.
Tapi aku perlu lakukan sesuatu...aku bukan muda lagi macam kalian...yang masih jauh jarak perjalanannya...aku perlu mengejar usia aku...terlalu banyak yang telah kusia2kan...walaupun pada dasarnya apa yang aku lalui semua itulah yang banyak mengajar aku...membimbing aku untuk menjadi manusia yang lebih matang...mungkin juga aku ini manusia yang terlalu mengejar kesempurnaan walaupun orang selalu kata nobody is perfect right???!!! but aku cuba sedaya untuk menjadi sesempurna mungkin...mungkin kerana aku terlalu memandang ke hadapan dan terlalu kagum dengan manusia-manusia yang hampir2 99% perfect...aku kagum dengan cara mereka bekerja...bagaimana mereka boleh managed semua serentak very well and perfect pada mata aku...so aku mesti belajar untuk jadi seperti mereka.
Dan kini aku di tempat kerja yang baru suasana baru kawan baru dan most important bos baru aku yang ari ni aku diberitahu sangat perfect and very particular...wahhh...mungkin inilah tempatnya untuk aku belajar menjadi manusia seperti itu...walaupun pada dasarnya pasti terlalu banyak yang terpaksa aku koprbankan...tapi tanpa pengorbanan pasti tak ade kejayaan kan...
buat teman2 aku yang dulu...ari ni aku lega...segala kerunsingan terjawab...walaupun aku tak boleh nak gelak sebesar2nya cam dulu atau wat lawak bodoh...tapi aku rasa lega sebab kawan2 baru kat sini semua ok and very friendly...fuhhh lega...
okay cowww...nak balik umah dah nih!!!!!!!!!!!

Selasa, 6 Oktober 2009

HARI HARI TERAKHIRKU DI DAERAH INI !!

Salam perpaduan...
Tinggal beberapa hari lagi aku di daerah ini...pelbagai perasaan bercampur baur...pemergianku kali ini sebagai permulaan untuk aku mengorak satu bentuk kehidupan yang terlalu jauh berbeza dari dulu....sekian lama aku belajar menjadi orang biasa...manusia marhaen...menerima arahan demi arahan dari orang-orang "kayangan"...merasa betapa sakitnya hati bila dipandang sebelah mata oleh mereka mereka yang berpangkat besar...masih jelas lagi di mata aku tatkala aku hanya budak carwash...bila mereka yang berkereta besar, berpangkat besar masuk ke carwash aku...dengan lagak tersendiri...dan betapa aku rasa teramat kerdil di mata mereka itu...
Namun berkat kesabaran aku dan ketabahan aku untuk belajar dan tak pernah jemu memperbaiki kelemahan diri...akhirnya aku kini mampu berada dalam golongan mereka mereka itu...tinggal seminggu lagi untuk aku memulakan kerja baru...
Namun daerah ini sebenarnya terlalu banyak mengajar aku tentang hidup dalam erti kata sebenar. Aku mula berfikir dan berusaha mengenali diri setelah lama terlena...dan daerah ini nyata banyak membuka mata aku...bukan sahaja mata malah mata hati aku yang jauh tersepuk di dalam lubuk hati kecik aku ni...aku mula tercari-cari arah dan matlamat hidup aku...kalau orang lain dah lama mencapai cita-cita dan impian masing-masing...apatah lagi orang-orang yang hampir dengan aku yang ada di sekeliling aku sudah semakin jauh meninggalkan aku yang masih di takuk lama...namun sebenarnya aku tak pernah kesal...kerana apa yang aku lalui hingga hari ini tak ada jual kat tesco ke jusco ke apa lagi kat d'curve ke sogo ke...confirm memang tak jumpa punya...dan aku rasa apa yang aku lalui itu amat penting sebelum aku berada pada kedudukan aku yang baru ini...
semoga nanti bila aku berada di puncak aku tak akan pernah lupa untuk memandang rumput di bawah...aku takut jugak kalau nanti suatu waktu aku pun termasuk dalam golongan mereka yang pernah datang ke carwash aku...minta dijauhkan lahhhh....
yeahhh....aku pasti rindu akan kehidupan aku di sini....!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan
pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
sungguh jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan