Ahad, 3 Januari 2010

TAHUN BARU AZAM BARU MINDA BARU....

Salam buat semua.
4 hari telah berlalu meninggalkan 2009 dalam penuh kenangan...baik kenangan semanis gula maupun sepahit hempedu...!!! Tahun 2010 tetap datang dalam usaha Tuhan untuk menjadikan manusia ciptaanNya lebih matang...dan pastinya tiap kali tahun baru menjelang maka sudah pasti azam akan panjang berjela...namun bagi aku hanya satu dan tetap sama....Jadi lebih baik dari tahun lalu...!!!
Namun mampukah aku??? Baru je berazam gitu aleh2 adik bongsu aku menggegarkan ruang otak...membuat aku duduk berfikir kembali...dan akhirnya aku ingin mengajak adik bongsu aku tu merenung sama2 apa yang aku pikirkan :

"Siapa Manusia Yang Tak Pernah Melakukan Kesilapan?"
Jawapan - Sudah Pasti Dia Manusia Yang Hebat !
“Siapa Dia Manusia Yang Hebat?”

Manusia yang hebat
a. manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila dia kuat berusaha dan melaksanakan apa yang dirancang olehnya.
b. manusia hebat menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha dan usaha. Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu kepada proses pencapaian matlamat mereka.
c. Bila orang lain mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!

Adakah usaha Anda setakat ini sudah hebat?
Untuk hebat kita perlu sentiasa POSITIF
Cammana nak berfikiran positif?
Pupuk pemikiran positif dengan…
1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hati, ANDA mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling ANDA ( wahai adikku sentiasa la berbuat baik dan bersangka baik dengan orang yang melihat kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang ANDA jumpa, yang ANDA temui, bercakap dan berinteraksi, fokus
pada sikap-sikap baik yang ANDA lihat ada pada dirinya. ( wahai adikku lihatlah kebaikan orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri ANDA dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang ANDA dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran. ( wahai adikku janganlah kau cepat sakit hati, geram dan marah pada orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila ANDA sedar yang ANDA sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang ANDA dengar akan
mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan beristighfar banyak2 andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri ANDA dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, ANDA dapat mengekalkan
fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, ANDA jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! - tengok je Raja Lawak!)

6. Jangan Ambil Kisah Cakap Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda ANDA supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri,
kerana bila situasi negatif terjadi pada ANDA (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? ANDA juga sebab ia terjadi pada ANDA, bukan mereka. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. ANDA kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. ( wahai adikku JIKA KAU BERANGGAPAN BAHAWA orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang telah banyak melakukan kesilapan maka JANGANLAH KAU JUGA MELAKUKAN KESILAPAN YANG PADA PANDANGAN MATAMU ITU SATU KESILAPAN YANG TAK BOLEH DIMAAFKAN !! )

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini ANDA silap. Mungkin ANDA GAGAL. Mungkin ANDA dah nak give up.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk ANDA!
ANDA HEBAT!!!!
p/s: wahai adik2ku di luar sana jangan jadikan tekanan kita sebagai beban kepada pikiran orang !

Rabu, 25 November 2009

Hari Raya Qurban

Di kala ini jalan2 mula lengang...buat kesekian kalinya aku melangkah ke ofis dgn tenang...ehhh sunyi le pulak takde orang...semua gara2 raya walaupun tak semeriah hari raya puasa yg mana rata2 mengqada'kan apa yg tak leh dibuat waktu bulan puasa...e.g. melantak sepuas hati dgn pegi open haouse sampai 10 buah rumah dlm masa sehari!!!
Namun berbalik kpd hari raya qurban...aku baru je balik dari negeri di bawah bayu...satu pengorbanan yg aku kira aku buat bkn saja utk kerja aku tapi juga muhasabah diri...bukan semua orang sanggup nak redah hutan naik bot semata2 nak tengok kesusahan hidup di situ...
maka aku pun bersyukur sejuta2nya krn aku dibesarkan dan hidup dlm suasana yg mewah...sebut je nak makan apa semua ada...tinggal nak ngap dan ngan ada duit tak ada duit je...!!!!
tapi di daerah terpencil ni aku lihat betapa kesukaran itu...nak cari kfc ke mcd ke pizza ke or whatever la...jgn mimpi la...pastu hari2 mandi air ujan...dah mana ada air dlm bosi...haiii kalau kat kl ni...puihhh...jgn le kau nak gedik2 mandi air ujan...dah tentu2 org kata kau giler ke??? kan ujan asid tu!!!!
letrik pun jap ada jap takde...ada pun kira nasib baik banyak la...
bila menyusur sungai yg banyak penghuninya rata2 sang buaya buat hati aku jadi kecut...hai kalau la kena libas dah sah2 le aku jd korban...ganti wak booo...
tapi lihat la pengorbanan kengkawan kita yg ada di daerah ini...memang aku respek giler!!!
semoga pengorbanan kalian mengorbankan segala kesenangan, kemewahan dan keseronokan duniawi akan mendapat balasan...

Khamis, 12 November 2009

CERMIN DIRI MELALUI PANTUN ORANG TUA

Kalau orang tua dulu2 bila nak cakap sesuatu mesti banyak dalam bentuk pantun baik dari pantun dua kerat sampailah ke lapan kerat dan yang berkerat-kerat...semua mesej disampaikan dengan tertib dan halus walaupun rasa memang nak marah betul...untuk waktu ni cuba kita renungkan pantun ni:

berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki;
berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

berapa ramai yang tau betul2 maksud pantun kat atas ni??? paling2 pun cuma paham maksud yang nak disampaikan...betul tak...???? ok cuba kita kupas satu2 baris...tiap perkataan ada sebab dan maksudnya...

berburu ke padang datar
maksud: kalau ikut masyarakat orang dulu2 mana ada orang berburu kat padang yang rata tanahnya terbentang??? betul tak??? ikut logik masa tu mestilah bila nak berburu mesti punye kena masuk hutan belantara...so nak masuk hutan belantara bukan main redah je...mesti ada ilmu di dada...ilmu cam mana nak tangkap hewan terutamanya dan ilmu extra cam mana nak berdepan dengan "penunggu" hutan....haa silap2 kang masuk tak kuar2 dari hutan tu!!!! jenuh nak panggil JPA ke PGA ke askar wataniah...( dulu2 mana la ada pasukan tu semua!!!) ...so kalau orang tu beburu kat kawasan padang je maksudnya memang le pemalas!!

dapat rusa belang kaki
maksud: ha sesuailah kat padang je namanya pun...kat padang hewan apa yg hidup kat situ??? dah tentu le belalang kunyit...ha itulah rusa belang kaki...mana ada rusa kakinya berbelang??? kalau tak percaya gi kat mana2 zoo pun yg ada kat malaysia ni!!! so kalau dah malas tu habuan yg dapatpun bersesuaian benor le dgn tahap kemalasannya...org masuk utan dpt rusa ke payau ke kancil ke tapi kau dpt le belalang je...( sebab tu P.Ramlee pakai "belalang" dlm filem dia tu...kesimpulan jitu pada tahap kemalasannya sebagai seorang bapak!!!)

berguru kepalang ajar
maksud: ni le bebudak sekarang. suruh gi sekolah belajarnya main2 je...org gi sekolah kau g sekolah gak ( itupun tak termasuk bilangan hari ponteng lagi) org periksa lulus kau periksa semedang je cikgu takde pen biru!!! pastu sekarang ni mmg ramai dah belajar sikit je ada ilmu seciput je... tapi pakai serban sebeban!!!

bagai bunga kembang tak jadi
maksud: ni berikutan ngan belajar main2 tadi maka orang tu tak le jadi orang tapi makanya jadilah orang-orang yg menghiasi bendang je...cuba tengok bunga yg tak jadi nak kembang tu...burok benor ghupenya...

Moralnya:
Kita ni kena penuhi ilmu di dada...cari guru yg benar2 pandai dan betul landasannya...kalau malas jadi le cam dlm lagu Jamal Abdillah tu...Bunga Seroja...mari menyusun seroja bunga seroja...ahaahaaaa....(sambung le sendiri!!!)
kalau malas dapatnya susah,
kalau rajin dapatnya senang!!!
maka kenyang le kita wak!!!!!!

ok jumpa lagi dgn pantun lain pulak...