Selasa, 23 Mac 2010

KEMUNAFIKAN SEORANG BERGELAR MANUSIA

Fuhhh...lama tiada kekuatan untuk menulis...cuba berfikir2 dlm mencari jalan penyelesaian kpd permasalahan yg mendtg secara tiba...walaupun hati ini selalu mengatakan...let the time be the judge and settled all the problems but...believe it or not...be or not to be...aku akur akhirnya tiada masalah yg berlalu begitu shj tanpa sebarang penyelesaian...cuma kita shj yg tak sedar bagaimana kita menyelesaikannya !

Dalam kekalutan hidup aku akhir2 ini banyak yg aku lihat dan perhatikan: - dunia sekelilingku dan manusia2 yg mengisi dunia itu...bila aku melihat persidangan parlimen di kaca tv dlm berita jam 8 mlm...apa yg aku lihat? apa yg org lain lihat?

Tiada apa melainkan sandiwara dunia...masing2 cuba mengemukakan masalah yg tak sudah2 habisnya seolah2 tiada penghujungnya ! masing2 akhirnya saling menuding jari..masing2 mencungkil kesalahan org lain...yeappp tak salah pemerhatian org tua dulu...kuman seberang laut jelas tampak macam besar betul tapiii....gajah langgar hidung pun tak perasan...begitu lah kita dan termasuklah aku... (Tapi masalah rakyat tetap tak selesai jugak!)

Namun apa yg aku lihat biar beribu pun masalahnya...bagi aku hanya 1 saja masalahnya...kita tak pernah mahu muhasabah diri...jika ada pun, jika ye pun ...akhirnya kita tetap akan cuba jugak utk meletakkan kekurangan diri kita adalah disbbkan oleh org di keliling kita! aduhhh itulah kita manusia di dunia fana ini.

Dan dalam melihat permasalahan yg melanda diri aku...aku akur semua itu dari kekhilafan diri aku yg kurang sabar melayan kerenah manusia yg aku sendiri sedia maklum tidak matang dalam mentafsir keadaan yg berlaku di kelilingnya!!!

Yeahhh...kalau dulu aku melihat kerenah manusia yg angkuh...yeahhh sewaktu aku jadi kuli di carwash kesayanganku ( tmpt yg banyak mengajar aku tentang manusia dan kehidupannya!)...lalu aku tanamkan pohon keazaman dlm diri agar minta dijauhkan keangkuhan dlm diri aku...tapi...hari itu keluar dr mulut org lain betapa aku sudah mula angkuh! Aku angkuh? aduhhh tak pernah terlintas pun di hati ini apa lagi dlm fikiran dan tindak tanduk aku utk tergolong dlm manusia2 yg meluat aku tengok sewaktu aku jd kuli dulu...puas aku fikir, puas aku tilik, puas aku renung balik...yeahhh...org tak pernah melihat dari perspektif aku...kerana setiap manusia melihat org lain dan duni kelilingnya dari dimensi mata hati fikirnya sendiri! yeahhh aku terlupa tentang itu!!!

Aku cuba utk terus tersenyum tapi ...bila aku melihat gelagat mereka yg menggelar diri mereka pemimpin itu bergaduh bagai budak2 sekolah dlm dewan parlimen...lalu aku terduduk sendiri lagi??? Inikah mentaliti manusia yg menggelarkan diri sendiri sbg pemimpin? Bagaimana mahu memimpin org lain kalau diri sendiri gagal terpimpin utk menjadi manusia yg berhemah; yg dapat mengawal hawa nafsu (walaupun dlm hati memang jelas berlumba2 nak tmpt jd menteri! ) aduhhh....soalan utk diri aku...bagaimana aku bisa memimpin hati aku ini utk menjadi manusia yg diterima oleh manusia keliling??? (tanpa prejudis!)

Argghhhh....bila lah agaknya ye manusia2 akan benar2 jadi manusia dlm erti kata yg sbnrnya???


Arggg...setiap yg berlaku pasti ada sebab dan akibat!
Yeahhh...mrk terpaksa berlakon utk dapat tmpt di hati rakyat!
Yeahhh...mrk akan membariskan ayat2 manis krn mahu jd menteri!
Yeahhh...perlu tutup semua kelemahan dan kemunafikan agar segala kekayaan akan dapat digenggam supaya anak cucu mrk tak merempat di tepi jalan!!!

Dan aku...
dan mereka yg tdk bergelar pemimpin...
tetap sama berlumba2 tercungap2 dlm mencari tempat di dunia sementara ini...juga di dunia yg hakiki!

Khamis, 4 Mac 2010

BILA HATI TELAH HANCUR BERDERAI....!

Agak lama aku tidak menurunkan tinta
Bila mana aku terpaksa berhambat dengan masa
Dan masa juga akhirnya menyungkurkan aku dalam suasana tidak kuduga !

Aku tidak tahu di mana silapnya ?
Biarpun terlalu payah sebenarnya menjadi anak yang solehah

Namun
Puas aku berusaha untuk menjadi seorang anak yang baik
Lelah aku berusaha untuk menjadi contoh yang baik buat adik-adik

Namun
malam tadi terlerai semuanya
Bila mana adik aku sendiri merungkai kata-kata bisa
Betapa selama ini aku hanya menjadikan dia seorang manusia yang kurang ajar !!
Lalu puas pula aku berfikir dan bertanya apa sebabnya dan
Di mana silapnya ?
Namun jauh di sudut hati ini aku rasakan satu kehancuran yang amat memedihkan!!!

Aku tidak tahu di mana silapnya ?
Betapa selama ini aku mengorbankan segala-galanya
Tatkala orang lain bersenang- lenang mengira gaji untuk dibelanja sesukanya

Namun
Betapa selama ini aku menelan air liur semata-mata mahu membantu orang tua
Kerana aku tak mahu adik-adikku merasa derita kemiskinan yang aku rasai
Tatkala orang lain sudah menghimpun harta dunia
Namun aku hanya pejamkan mata tutupkan kehendak hati dan rasa
Dan tatkala orang lain sibuk menghitung cinta dan menganyam menjadi hari-hari bahagia

Namun
Aku terpaksa menutup pintu cinta
Demi memastikan adik-adikku yang lainnya bisa meneruskan pelajaran sebagaimana orang tuaku impikan
Kerana
Aku tak mahu adik-adikku merasa bagaimana dihina bila kita tiada berharta
Aku tidak betah melihat hidup kita diperkotak-katikkan oleh orang yang berkuasa
Aku tak mahu adik-adikku yang lain merentasi kepayahan sebagaimana dilalui adikku yang satu
Yang punya cita-cita tinggi namun tak kesampaian kerana aku tak berupaya membantunya melepaskan diri dari belenggu kemiskinan!!!! (kerana tika itu aku sendiri masih tersepit dan terhimpit)

Namun
Malam tadi terungkai kata dari mulut bisa adikku yang satu itu
Betapa aku tidak pernah menjadi contoh yang baik buat dirinya
Lalu sekali lagi aku bertanya di mana silapnya?
Dan jauh di sudut hati kecilku kian parah berdarah!!!!!!!!

Aku tahu dan aku cukup sedar
Betapa setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya
Malam datang kerana siang berlalu
Duka datang setelah gembira tiada batasannya

Lalu aku berfikir lagi
Apakah selama ini setelah aku berusaha jerih payah
Meloloskan diri dari daerah kemiskinan ini
Hanya untuk membentuk seorang manusia bernama adik agar menjadi manusia kurang ajar?????
Hanya untuk mendidik adik aku seorang itu menjadi manusia yang dayus?????? ( dayus bila mana kau takut untuk mengaku betapa apa yang membentuk diri kau adalah kau sendiri kerana Tuhan telah memberikan kau akal yang cukup sempurna untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk!!!)

Aduhhhh....
Hati yang parah hancur lumat ini berkata :
Andaikata aku pentingkan diri selama ini
Andai kata aku hanya bersikap lepas tangan
Andai kata aku tidak bertanggungjawab
Andai kata aku ini tak berhati perut
Andaikata dan andaikata dan andaikata...
Maka
Di mana letaknya aku di mata adikku yang satu ini???

Nah pastinya dan tentunya akulah semua yang buruk itu...
Semua kekhilafan dirinya
Semua kekurang ajarnya
Semua Kedaifannya
Semua dan semua dan semua....
Adalah aku penyebabnya!!!

Arghhh...berkeriut pedih hati ini yang sudah sedia retak menanti belah
Dan malam tadi
Hati ini sudah hancur berderai!!!!!!

Lalu
Ayahanda tercinta mempertaruhkan kasih sayang aku terhadapnya
Agar memaafkan segala kelancangan mulut bisa adikku yang tidak matang ( yang perasan sudah matang benar!)
Agar berdamai demi menjaga keharmonian keluarga

Namun
Aku rasa cukuplah....
Betapa selama ini kami terlalu beralah dengan kebiadapannya
Hanya
Kerana dia seorang adik yang belum cukup dewasa

Namun
Bila mana mulut celuparnya bertanya
Siapa aku untuk menampar kelancangan mulutnya
Jauh di sudut hati ini sudah hancur lumat dan tak mungkin bisa bertaut kembali!!!!

Aku terlalu payah kini untuk memaafkan seorang manusia bernama adik yang satu itu
Bila mana hati ini sudah hancur
Bila mana hati ini sudah parah luka berdarah
Bila mana hati ini sudah berkecai
Aku tak nampak lagi sirna untuk aku kembali menerimanya
Bila mana dia sendiri tidak mengaku aku ini kakaknya lagi!!!

Dia sudah cukup dewasa
Dia sendiri mementingkan diri bila mana merancang berkahwin seusia muda itu
Dia sendiri lepas tangan
Namun pandai berkata-kata
Meletakkan segala keburukan dirinya atas sebab kesalahannya... aku


Lalu bagaimana...
Bila hati sudah hancur berderai...
Biarlah orang kata aku egois
Biarlah orang kata aku emosional
Biarlah orang kata aku mendabik dada dengan pangkat aku ( yang orang lain tak sedar betapa susah untuk aku sampai di kedudukan aku setelah puas dipijak dihina orang sekeliling!!! )
Biarlah orang menghukum aku tak cium bau syurga

Namun
Jauh di sudut hati ini
Cukuplah...
Bila mana orang lain menghina
Bila mana orang lain mengata
Bila mana orang lain mencemuh

Namun
Aku masih mampu memaafkan kerana mereka tidak berada di tempat aku
Kerana mereka tidak pernah merasa apa yang aku rasa
Kerana mereka tak pernah tau betapa erti derita kemiskinan

Namun
Bila adik aku sendiri yang menghina
Bila mana adik aku sendiri mengatakan aku manusia penyebab kebiadapannya
Bila mana adik aku sendiri tidak mahu mengaku aku kakaknya
Aku tidak dapat memaafkannya
Kerana aku bersusah payah memastikannya hidup dalam kesenangan
Kerana aku berkorban segala-galanya demi memastikan dia mengecap sedikit kemewahan yang hanya mampu aku lihat sewaktu kecilku
Kerana dia meletakkan segala keburukan dan kesalahan dirinya pada aku sebagai puncanya
Biarlah....
Namun
Maaf
Aku tidak dapat memaafkan kau selagi hayatku kerana
Hati ini sudah hancur berkecai!!!!!!!

semua yag berlaku ada sebab musababnya...dan aku dikata sebagai penyebabnya!!!!

Ahad, 3 Januari 2010

TAHUN BARU AZAM BARU MINDA BARU....

Salam buat semua.
4 hari telah berlalu meninggalkan 2009 dalam penuh kenangan...baik kenangan semanis gula maupun sepahit hempedu...!!! Tahun 2010 tetap datang dalam usaha Tuhan untuk menjadikan manusia ciptaanNya lebih matang...dan pastinya tiap kali tahun baru menjelang maka sudah pasti azam akan panjang berjela...namun bagi aku hanya satu dan tetap sama....Jadi lebih baik dari tahun lalu...!!!
Namun mampukah aku??? Baru je berazam gitu aleh2 adik bongsu aku menggegarkan ruang otak...membuat aku duduk berfikir kembali...dan akhirnya aku ingin mengajak adik bongsu aku tu merenung sama2 apa yang aku pikirkan :

"Siapa Manusia Yang Tak Pernah Melakukan Kesilapan?"
Jawapan - Sudah Pasti Dia Manusia Yang Hebat !
“Siapa Dia Manusia Yang Hebat?”

Manusia yang hebat
a. manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila dia kuat berusaha dan melaksanakan apa yang dirancang olehnya.
b. manusia hebat menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha dan usaha. Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu kepada proses pencapaian matlamat mereka.
c. Bila orang lain mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!

Adakah usaha Anda setakat ini sudah hebat?
Untuk hebat kita perlu sentiasa POSITIF
Cammana nak berfikiran positif?
Pupuk pemikiran positif dengan…
1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hati, ANDA mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling ANDA ( wahai adikku sentiasa la berbuat baik dan bersangka baik dengan orang yang melihat kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang ANDA jumpa, yang ANDA temui, bercakap dan berinteraksi, fokus
pada sikap-sikap baik yang ANDA lihat ada pada dirinya. ( wahai adikku lihatlah kebaikan orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri ANDA dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang ANDA dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran. ( wahai adikku janganlah kau cepat sakit hati, geram dan marah pada orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila ANDA sedar yang ANDA sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang ANDA dengar akan
mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan beristighfar banyak2 andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri ANDA dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, ANDA dapat mengekalkan
fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, ANDA jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! - tengok je Raja Lawak!)

6. Jangan Ambil Kisah Cakap Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda ANDA supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri,
kerana bila situasi negatif terjadi pada ANDA (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? ANDA juga sebab ia terjadi pada ANDA, bukan mereka. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. ANDA kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. ( wahai adikku JIKA KAU BERANGGAPAN BAHAWA orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang telah banyak melakukan kesilapan maka JANGANLAH KAU JUGA MELAKUKAN KESILAPAN YANG PADA PANDANGAN MATAMU ITU SATU KESILAPAN YANG TAK BOLEH DIMAAFKAN !! )

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini ANDA silap. Mungkin ANDA GAGAL. Mungkin ANDA dah nak give up.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk ANDA!
ANDA HEBAT!!!!
p/s: wahai adik2ku di luar sana jangan jadikan tekanan kita sebagai beban kepada pikiran orang !