Isnin, 26 Oktober 2009

SEBAB @ USLUB aku DI SINI

Salam buat semua.

Dah masuk seminggu aku di tempat baru...so far semuanya berjalan lancar...apa yg paling penting setakat ni jiwa aku lebih tenang di sini seolah2 aku serasi benar dgn tempat ini...kalau di tempat lama aku, banyak yg terpaksa aku lalui terutama dalam menguji kekuatan hati dan emosi bila mana dikelilingi oleh mereka yang lebih berfikiran sempit dan lebih gemar meloloskan diri dari bebanan tanggungjawab.
Bagi mereka yang masih tertanya2 kenapa aku memilih untuk beralih arah ke perdaerahan baru ini...di sini kupaparkan satu kisah yang telah membuka minda aku sekali gus memberi aku satu suntikan motivasi untuk mengorak langkah dan memilih untuk berada di tempat aku sekarang...

Alkisahnya :......
KISAH TIGA ORANG PEKERJA

Pada suatu petang yang hangat, tiga orang pekerja sedang membina jalan. Seorang pejalan kaki yang lalu di situ pun bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan?”
Pekerja pertama menjawab dengan riak muka yang marah, “Tak nampakkah saya sedang melebur simen untuk diterap di atas batu-bata?”
Pekerja kedua pula berkata, “ Saya sedang membina lebuh raya!”
Pekerja ketiga pula menunjukkan wajah yang ceria. Dia menjawab, “Lihat, kampung ini perlukan sebatang jalan untuk menghubungi kawasan utara dan selatan. Jalan raya yang sedang saya bina ini akan memberi kemudahan pengangkutan kepada orang-orang kampung dan membangunkan perniagaan kampung ini. Jalan ini jalan menuju kemakmuran!”
Pejalan kaki itu tidak faham kenapa tiga orang pekerja yang melakukan pekerjaan yang sama, di tempat yang sama tetapi memberi respons yang berbeza. Yang nyata, pekerja ketiga seolah-olah menaruh harapan yang tinggi terhadap masa depan. Dia kelihatannya mempunyai pandangan dan cita-cita serta matlamat dalam hidupnya.
Setelah tiga tahun, pejalan kaki itu kembali ke tempat sama, kelihatan dua orang pekerja sahaja yang sedang meleburkan simen untuk membina semula jalan yang rosak. Mereka masih berhempas pulas di bawah pancaran matahari yang terik.
Maka pejalan kaki itu pun bertanya tentang pekerja ketiga. Dua pekerja itu menjawab bahawa pekerja ketiga itu sudah menjadi perancang bandar yang terkenal. Oleh sebab dia memberi cadangan untuk mengubah lokasi pembinaan lebuh raya yang membawa kepada pulangan ekonomi yang lebih besar, maka pekerja itu telah diambil oleh syarikat besar
sebagai penasihat lebuh raya.
Moral
: Terimalah tugasan dengan hati yang terbuka. Dengan sikap terbuka, seseorang akan rasa berminat maka dia akan belajar lebih banyak dan sedar akan kelemahan sesuatu perancangan. Daripada kelemahan itulah, dia akan menemui jalan yang lebih sesuai dan membina kejayaan serta kesempurnaan!
YEAHHH...mungkin aku juga akan berjaya seperti itu...Aminn!!!