Rabu, 31 Mac 2010

APA SUDAH JADI...DUNIA OH DUNIA !

Mari kita renung dan fikirkan sejenak!
Apa sudah jadi dengan dunia Tuhan yang semakin tua ini?
Sana sini berlaku kematian

Secara solo mau pun berjemaah!
Dengan pelbagai cara, kaedah, sebab dan musabab
Saban detik, saban waktu saban hari...
Kematian datang menjenguk sesiapa sahaja
Walau di mana juga...
Sadis bila kematian itu di luar jangkaan angkara manusia walang...


Lihatlah oh dunia !

Seorang gadis yang khayal dalam dunia sendiri...
menenguk air setan semata2 utk menghilang segala masalah yang bersarang di benak
Dan akibatnya....
Seorang wanita kehilangan suami
Seorang anak merangkak rangkak mencari ayah yang bertarung dengan malaikatul maut
Dan akhirnya tercipta sejarah dalam buku dunia
Seorang isteri menjadi janda
Seorang anak menjadi anak yatim
Semua dalam sekelip mata !
Semua di luar dugaan !
Semua di luar jangkaan !
Aduhhh...kematian datang tanpa diduga yang penyebabnya hanya gadis muda yang berfoya-foya!!!!

Seorang terosis atau mujahid ( difaham mengikut dimensi masing2 yg berbeza!)
Melihat betapa dirinya sebagai wira
Yang perlu menegakkan keadilan
Yang perlu menegakkan kebenaran
Yang perlu memberi kesedaran kepada dunia
Lalu dengan penuh mujahid
Dengan penuh keberanian
Mengambil keputusan membuat pengorbanan jihad
Mengorbankan diri sendiri
Sekali gus mengorbankan mereka yang tidak berdosa

( yeahhh mungkin dengan kematian mereka maka mereka selamat dari terus terjerumus dengan dosa duniawi!!)
Dengan cara paling sadis dan sinis atau kejam?
Lalu gempar lah dunia seketika
Ramai maut gara2 kerja gila sang wira
Lalu berapa ramai lagi yang menjanda,
Berapa ramai lagi yang duka nestapa dek cacat selama2nya
Anak2 kehilangan tempat bergantung secara tiba2...???

Ah...apa sudah jadi dengan dunia yang semakin tua ini?
Apa sudah jadi dengan semua manusia di dunia ini?
Hilang sudahkah kemahiran manusia melihat dari dimensi yang serupa
Atau masing2 punya cita rasa dan perspektif yang berbeza
Yang memungkinkan masing2 melunas dan menghalalkan apa juga asalkan mereka tidak derita dan berasa puas?!
Apa sudah jadi????????????????