Khamis, 4 Mac 2010

BILA HATI TELAH HANCUR BERDERAI....!

Agak lama aku tidak menurunkan tinta
Bila mana aku terpaksa berhambat dengan masa
Dan masa juga akhirnya menyungkurkan aku dalam suasana tidak kuduga !

Aku tidak tahu di mana silapnya ?
Biarpun terlalu payah sebenarnya menjadi anak yang solehah

Namun
Puas aku berusaha untuk menjadi seorang anak yang baik
Lelah aku berusaha untuk menjadi contoh yang baik buat adik-adik

Namun
malam tadi terlerai semuanya
Bila mana adik aku sendiri merungkai kata-kata bisa
Betapa selama ini aku hanya menjadikan dia seorang manusia yang kurang ajar !!
Lalu puas pula aku berfikir dan bertanya apa sebabnya dan
Di mana silapnya ?
Namun jauh di sudut hati ini aku rasakan satu kehancuran yang amat memedihkan!!!

Aku tidak tahu di mana silapnya ?
Betapa selama ini aku mengorbankan segala-galanya
Tatkala orang lain bersenang- lenang mengira gaji untuk dibelanja sesukanya

Namun
Betapa selama ini aku menelan air liur semata-mata mahu membantu orang tua
Kerana aku tak mahu adik-adikku merasa derita kemiskinan yang aku rasai
Tatkala orang lain sudah menghimpun harta dunia
Namun aku hanya pejamkan mata tutupkan kehendak hati dan rasa
Dan tatkala orang lain sibuk menghitung cinta dan menganyam menjadi hari-hari bahagia

Namun
Aku terpaksa menutup pintu cinta
Demi memastikan adik-adikku yang lainnya bisa meneruskan pelajaran sebagaimana orang tuaku impikan
Kerana
Aku tak mahu adik-adikku merasa bagaimana dihina bila kita tiada berharta
Aku tidak betah melihat hidup kita diperkotak-katikkan oleh orang yang berkuasa
Aku tak mahu adik-adikku yang lain merentasi kepayahan sebagaimana dilalui adikku yang satu
Yang punya cita-cita tinggi namun tak kesampaian kerana aku tak berupaya membantunya melepaskan diri dari belenggu kemiskinan!!!! (kerana tika itu aku sendiri masih tersepit dan terhimpit)

Namun
Malam tadi terungkai kata dari mulut bisa adikku yang satu itu
Betapa aku tidak pernah menjadi contoh yang baik buat dirinya
Lalu sekali lagi aku bertanya di mana silapnya?
Dan jauh di sudut hati kecilku kian parah berdarah!!!!!!!!

Aku tahu dan aku cukup sedar
Betapa setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya
Malam datang kerana siang berlalu
Duka datang setelah gembira tiada batasannya

Lalu aku berfikir lagi
Apakah selama ini setelah aku berusaha jerih payah
Meloloskan diri dari daerah kemiskinan ini
Hanya untuk membentuk seorang manusia bernama adik agar menjadi manusia kurang ajar?????
Hanya untuk mendidik adik aku seorang itu menjadi manusia yang dayus?????? ( dayus bila mana kau takut untuk mengaku betapa apa yang membentuk diri kau adalah kau sendiri kerana Tuhan telah memberikan kau akal yang cukup sempurna untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk!!!)

Aduhhhh....
Hati yang parah hancur lumat ini berkata :
Andaikata aku pentingkan diri selama ini
Andai kata aku hanya bersikap lepas tangan
Andai kata aku tidak bertanggungjawab
Andai kata aku ini tak berhati perut
Andaikata dan andaikata dan andaikata...
Maka
Di mana letaknya aku di mata adikku yang satu ini???

Nah pastinya dan tentunya akulah semua yang buruk itu...
Semua kekhilafan dirinya
Semua kekurang ajarnya
Semua Kedaifannya
Semua dan semua dan semua....
Adalah aku penyebabnya!!!

Arghhh...berkeriut pedih hati ini yang sudah sedia retak menanti belah
Dan malam tadi
Hati ini sudah hancur berderai!!!!!!

Lalu
Ayahanda tercinta mempertaruhkan kasih sayang aku terhadapnya
Agar memaafkan segala kelancangan mulut bisa adikku yang tidak matang ( yang perasan sudah matang benar!)
Agar berdamai demi menjaga keharmonian keluarga

Namun
Aku rasa cukuplah....
Betapa selama ini kami terlalu beralah dengan kebiadapannya
Hanya
Kerana dia seorang adik yang belum cukup dewasa

Namun
Bila mana mulut celuparnya bertanya
Siapa aku untuk menampar kelancangan mulutnya
Jauh di sudut hati ini sudah hancur lumat dan tak mungkin bisa bertaut kembali!!!!

Aku terlalu payah kini untuk memaafkan seorang manusia bernama adik yang satu itu
Bila mana hati ini sudah hancur
Bila mana hati ini sudah parah luka berdarah
Bila mana hati ini sudah berkecai
Aku tak nampak lagi sirna untuk aku kembali menerimanya
Bila mana dia sendiri tidak mengaku aku ini kakaknya lagi!!!

Dia sudah cukup dewasa
Dia sendiri mementingkan diri bila mana merancang berkahwin seusia muda itu
Dia sendiri lepas tangan
Namun pandai berkata-kata
Meletakkan segala keburukan dirinya atas sebab kesalahannya... aku


Lalu bagaimana...
Bila hati sudah hancur berderai...
Biarlah orang kata aku egois
Biarlah orang kata aku emosional
Biarlah orang kata aku mendabik dada dengan pangkat aku ( yang orang lain tak sedar betapa susah untuk aku sampai di kedudukan aku setelah puas dipijak dihina orang sekeliling!!! )
Biarlah orang menghukum aku tak cium bau syurga

Namun
Jauh di sudut hati ini
Cukuplah...
Bila mana orang lain menghina
Bila mana orang lain mengata
Bila mana orang lain mencemuh

Namun
Aku masih mampu memaafkan kerana mereka tidak berada di tempat aku
Kerana mereka tidak pernah merasa apa yang aku rasa
Kerana mereka tak pernah tau betapa erti derita kemiskinan

Namun
Bila adik aku sendiri yang menghina
Bila mana adik aku sendiri mengatakan aku manusia penyebab kebiadapannya
Bila mana adik aku sendiri tidak mahu mengaku aku kakaknya
Aku tidak dapat memaafkannya
Kerana aku bersusah payah memastikannya hidup dalam kesenangan
Kerana aku berkorban segala-galanya demi memastikan dia mengecap sedikit kemewahan yang hanya mampu aku lihat sewaktu kecilku
Kerana dia meletakkan segala keburukan dan kesalahan dirinya pada aku sebagai puncanya
Biarlah....
Namun
Maaf
Aku tidak dapat memaafkan kau selagi hayatku kerana
Hati ini sudah hancur berkecai!!!!!!!

semua yag berlaku ada sebab musababnya...dan aku dikata sebagai penyebabnya!!!!