Ahad, 3 Januari 2010

TAHUN BARU AZAM BARU MINDA BARU....

Salam buat semua.
4 hari telah berlalu meninggalkan 2009 dalam penuh kenangan...baik kenangan semanis gula maupun sepahit hempedu...!!! Tahun 2010 tetap datang dalam usaha Tuhan untuk menjadikan manusia ciptaanNya lebih matang...dan pastinya tiap kali tahun baru menjelang maka sudah pasti azam akan panjang berjela...namun bagi aku hanya satu dan tetap sama....Jadi lebih baik dari tahun lalu...!!!
Namun mampukah aku??? Baru je berazam gitu aleh2 adik bongsu aku menggegarkan ruang otak...membuat aku duduk berfikir kembali...dan akhirnya aku ingin mengajak adik bongsu aku tu merenung sama2 apa yang aku pikirkan :

"Siapa Manusia Yang Tak Pernah Melakukan Kesilapan?"
Jawapan - Sudah Pasti Dia Manusia Yang Hebat !
“Siapa Dia Manusia Yang Hebat?”

Manusia yang hebat
a. manusia yang sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Dia akan menjadi bertambah hebat apabila dia kuat berusaha dan melaksanakan apa yang dirancang olehnya.
b. manusia hebat menumpukan lebih banyak masa pada usaha, usaha dan usaha. Bila dikriktik, mereka diam saja. Dalam pada itu, terus berusaha, bekerja kuat, sekuat yang mungkin, serajin yang mungkin, menumpu kepada proses pencapaian matlamat mereka.
c. Bila orang lain mengata dan memburuk-burukkan pencapaian manusia-manusia hebat ini, bagai menyiram air ke daun keladi. Bahkan, mereka menjadi lebih hebat lagi!

Adakah usaha Anda setakat ini sudah hebat?
Untuk hebat kita perlu sentiasa POSITIF
Cammana nak berfikiran positif?
Pupuk pemikiran positif dengan…
1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hati, ANDA mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling ANDA ( wahai adikku sentiasa la berbuat baik dan bersangka baik dengan orang yang melihat kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang ANDA jumpa, yang ANDA temui, bercakap dan berinteraksi, fokus
pada sikap-sikap baik yang ANDA lihat ada pada dirinya. ( wahai adikku lihatlah kebaikan orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri ANDA dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang ANDA dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran. ( wahai adikku janganlah kau cepat sakit hati, geram dan marah pada orang yang membantu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang. Namun berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam! )

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila ANDA sedar yang ANDA sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang ANDA dengar akan
mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan beristighfar banyak2 andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri ANDA dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, ANDA dapat mengekalkan
fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, ANDA jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! - tengok je Raja Lawak!)

6. Jangan Ambil Kisah Cakap Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda ANDA supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri,
kerana bila situasi negatif terjadi pada ANDA (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? ANDA juga sebab ia terjadi pada ANDA, bukan mereka. ( wahai adikku berhati dan berwaspada dengan orang yang baru kau kenal semalam dan banyak2 senyum andai orang yang baru kau kenal semalam cuba memporakperandakan hubunganmu dengan orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang! )

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. ANDA kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. ( wahai adikku JIKA KAU BERANGGAPAN BAHAWA orang yang membantu dan menjaga sewaktu kau membesar dari dua tapak tangan hingga sekarang telah banyak melakukan kesilapan maka JANGANLAH KAU JUGA MELAKUKAN KESILAPAN YANG PADA PANDANGAN MATAMU ITU SATU KESILAPAN YANG TAK BOLEH DIMAAFKAN !! )

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubah ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini ANDA silap. Mungkin ANDA GAGAL. Mungkin ANDA dah nak give up.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk ANDA!
ANDA HEBAT!!!!
p/s: wahai adik2ku di luar sana jangan jadikan tekanan kita sebagai beban kepada pikiran orang !