Isnin, 19 Januari 2009

Penyu dan Ombak

Bila sepi menapak di hati
aku melihat cermin menilik diri
lalu langkahku atur
dan akhir terhenti di sini
di gigi pantai yang tak lagi berseri
dalam asyik melayan kesunyian
yang melanda hati entah kesekian kali
mata ini terlirik pada sang penyu
berkali kali mencium pantai
namun sekian kali itu juga ombak
membawanya berlari
menjauhi pantai sepi
kuatkah aku seperti penyu itu
melawan ombak dengan kudrat
yang tak seberapa
mampukah aku meredah ombak
hanya untuk bertemu dengan si pantai sepi
tabahkah aku meniti melawan badai
hanya kerana mahu cinta ini bersemi
membenih menjadi pewaris generasi penyu tiga dimensi...
kalau aku setabah itu
kalau aku sekuat itu
lalu mengapa kaki aku terhenti di pantai sepi ini?
kenapa ombak dan pantai juga yang aku cari?
mungkinkah tiada lagi kekuatan di hati?
kaki ini semakin longlai
apa yang kuharap semakin jauh untuk kugapai
carwashku semakin sepi kurasa
biar tiap detik manusia mengunjunginya...
apakah aku hilang dalam pencarian ini???
dan sejak aku di carwash ini
biar ribuan corak pelangi
dimeteri oleh ribuan manusia
namun bahasaku kian sepi
dan untuk menulis puisi ini pun terasa payah
apakah aku kian hilang jati diri?
bagaimana kalau kuatur langkah ini
menuju ke bumi palestin???
apakah aku bisa menggapai sinar kemanusiaan di sana
di celah-celah kematian rakyat palestin?
kerana kekadang aku tak betah lagi menyaksikan
lagak manusia di sini yang langsung tak ambil peduli
yang penting baginya
perut sendiri perlu diisi
dan diri sendiri diulit gembira sendiri
entahlah...
buntu aaarrrr

Ahad, 18 Januari 2009

CABARAN 09

Dah lama gak aku tak sempat nak tengok catatan aku...nampaknya 09 datang bersama tugasan yang aku tak jangka...kini aku buat dua kerja...so nampaknya masa untuk aku bersuka ria semakin menyempit dan tersepit hingga kadang-kadang aku rasa sesak nafas...tahun 09 datang dengan seribu macam dugaan dan cabaran di luar bidang kuasa aku. masa terlalu sikit untuk aku hatta nak berfikir pun tak sempat...bila aku tengok mamat mamat kat carwash aku tu rileks je...timbul gak rasa jealous kat ati kecik ni.diaorang ni rileks je...tapi aku yang cam nak maut struggle untuk idup...entah lah tapi betul kata pujangga lagi kita sibuk kejar dunia lagi jauh dunia lari tinggalkan kita yang tercunggap-cunggap.Tapi aku tidak dapat tidak lari dari kenyataan betapa siapa cepat dia dapat siapa rajin dia senang...dan aku mula belajar betapa hidup ini banyak dugaan yang perlu kita tempuhi jika kita mahu menjadi seorang insan...wahhh...mau jugak aku bercerita tentang kawan aku ni si kaduk...dia dah berenti keja...cabut cam tu je...apalagi melenting la bos aku tu...bila aku tanya kau dapat keja lain ke kaduk? dia geleng kepala. Dahtu nape berenti? aku malas.penat la dok jadi kuli orang. bosan asyik cuci keta orang je..dahtu kau nak watpe? tanya aku bodoh. Entahlah. Lepak la kot.usha awek. dia menyengih mengalahkan kerang busuk...
apa la nak jadi dengan mamat ni? getus hati kecik aku.tiba2 aku jadi meluat betul dengan kaduk. Inilah anak melayu. belajar takat spm.pastu memilih keja.keja teruk tak nak...aku tak tau kalau kengkawan aku tu tau aku ni ada master...mesti diaorang kata aku la mahkluk paling tolol...sanggup jadi pencuci keta walhal boleh senang2 keja best kat ofis besar...tapi kalau aku keja kat dalam aircond...mesti aku tak kenal diri aku...mesti aku tak kenal dunia...dan tentu aku tak leh nak jawab nape Israel boleh jadi penyangak hebat camtu...hidup rakyat palestin...